Pariss Hotel
Kami bertolak dari Mersing pukul 5 petang dengan hanya beralaskan burger sebab tidak mahu membuang masa kerana hari hampir malam. Isi minyak di Shell Mersing dan melalui Jalan Jemaluang dan Kota Tinggi untuk ke Johor Bahru. Destinasi kami ialah Pariss Hotel yang terletak di Nusa Bestari, Skudai. Kami memilih hotel ini kerana review yang kami jumpa dalam majalah Leisure Travel kerana ia berhampiran Legoland. Memang agak sukar untuk mencari hotel ini kerana kami tidak biasa dengan area Johor . Berpandukan google maps, waze dan foursquare beberapa kali juga kami perlu membuat pusingan balik. Akhirnya saya menelefon hotel dan staff hotel sangat membantu dan sabar memberi arah jalan. Kami tiba di hotel pukul 8.30 malam. Untuk 2 malam kami ambil bilik Family Jumbo dengan harga hampir RM450.
Katil super king.
Flat screen TV, siaran yang memadai.
Dalam banyak-banyak hotel dan resort yang saya dah pergi, Pariss mempunyai laci yang sangat comel untuk menyimpan peralatan diri. Idea yang bagus untuk ruang yang kecil dan nampak elegen.
Sarapan disediakan oleh pihak hotel, nothing fancy just simple breakfast untuk alas perut.
Ruang lobi.
No comments:
Post a Comment