Cuti sekolah tiba lagi dan inilah waktunya yang saya dan keluarga nantikan. Bercuti panjang dan menjelalah tempat baru dan asing.
Perancangan kali ini ialah Mersing-Tioman-Johor-Melaka. Tapi kami batalkan Melaka di saat akhir sebab masing-masing keletihan.
Perjalanan kami bermula pada pagi Sabtu 1 June 2013. Pukul 10 pagi kami bertolak. Dari highway Sg Besi dan keluar di Ayer Hitam kos tol ialah RM32.40. Kami singgah di Pagol R&R untuk mengalas perut sebab Hubby takut bila dah exit Ayer Hitam dan perjalanan 2 jam ke Mersing tiada kedai makan. Sebenarnya ada banyak juga kedai makan di kawasan Ayer Hitam dan Kluang. Saya terpandang Nasi Beriani Haji Dollah dan Kopitiam Kluang ketika melalui kawasan tersebut. Saya pun tak sempat buat banyak homework untuk trip ni dah hubby pun banyak tak packing barang2. Nasi Beriani tu saya perasan sebab ada banyak kereta parking dan ramai orang di kedainya. Next time jika saya berkunjung lagi ke sana mungkin saya akan singgah untuk mencuba.
Kesesakan lalulintas sehingga Nilai melambatkan perjalanan kami. Kami tiba di Air Papan Beach Resort agak lewat dan bilik kami rupanya bukan chalet tapi cuma bilik di dalam bangunan yang baru. Memang simple dan basic bukan seperti yang saya baca dalam blog lain. Kata adik reception tu, bilik-bilik chalet bukan untuk katil single. Saya ingat nak tukar bilik lain tapi memandangkan esok dalam pukul 3 pagi kami akan check out untuk ke Jeti Mersing maka saya terima seadanya. Dua katil single yang tidak boleh dirapatkan sebab ditengahnya ada meja bersambung wayer. Tuala tidak disediakan di dalam bilik dan jika anda memerlukannya bolehla bayar deposit RM10 untuk sehelai. Nasib saya agak baik kerana adik tersebut memberikan tuala dan bantal extra dengan percuma mungkin kerana kami check in agak lewat dan check out agak awal.
View dari bangunan baru. Kiri ialah chalet yang saya ingat kami akan bermalam
No comments:
Post a Comment