Oh The Place I've Been

Showing posts with label Travel tips. Show all posts
Showing posts with label Travel tips. Show all posts

Sunday, June 9, 2013

Explorasi ke Selatan Part 2 : Tioman


Berjaya Beach Resort, Tioman.
Seawal pukul 3 pagi kami checkout dari resort. Perjalanan dari Air Papan ke Jeti Mersing cuma dalam 10-15 minit bergantung kepada kelajuan anda.  Kami tiba di bangunan yang kami sangkakan Jeti dan mencari kaunter 8 seperti yang diarahkan oleh syarikat Blue Water Express rupanya kami tersalah tempat. Nasib baik Jeti Mersing cuma bersebelahan bangunan tersebut kalau tidak pasti kami akan kelam kabut.  
Tips : Memandangkan cuti sekolah dan ramai pengunjung adalah disarankan untuk anda membeli tiket and membuat bayaran awal untuk mengelakkan dari tiket habis dijual terutama di waktu puncak (siang) ataupun naik dari Tg Gemuk.

Si Adik yang dah terjaga dan tak mahu tidur. Saya kagum dengan anak saya kerana perjalanan kali ini agak "tough" buat mereka. 

Jam hampir 5 pagi dan kami ialah orang pertama yang menaiki bot. Beg diletakkan betul-betul di hadapan kami dan besi railing itulah buat saya melunjur kaki sambil meriba adik yang kembali tidur. Air laut agak bergelora dan saya agak pening-pening lalat. Nasib baik adik dan kakak bertahan dan tak muntah. Dalam bot free seating. 
Tips : Jangan duduk bahagian depan dan bawah sekali nanti cepat pening. 
Kesian beg kami kena himpap.
Perhentian kami ialah Kg Tekek, perhentian yang ketiga. Sebaik tiba udara segar menerpa ke muka dan kedamaian memang jelas di sini. 
Adik dengan beg pink yang penuh dengan anak patung dia. Dia nak juga carry beg macam orang lain.  Nasib baik fluffy toys dan tak berat.




View dari jambatan selepas keluar dari departure hall.
Sesampainya kami di Jeti, laungan "Berjaya" dari seberang jalan dan rupanya tram memang sedia menunggu. Kami sampai awal di Berjaya dan bilik masih belum siap. Siapa yang bernasib baik dan ada bilik kosong pihak Berjaya akan masukkan mereka terus. Kami pergi breakfast di coffee house dia iaitu Sri Nelayan. Bayar sendiri bukan resort support huhu. Tapi pihak resort ada menyediakan complimentary drinks. 
Jalan kaki ke Restoran Sri Nelayan
Sebenarnya kawasan Berjaya ni memang luas, letih nak berjalan. Tapi mereka sediakan pengangkutan untuk ke bilik, lobi, jetty dan diving area.

Tepat pukul 12 kami dapat bilik, agak jauh dari lobi tapi dekat dengan pintu masuk Berjaya maknanya senang kami nak pergi kedai makan. Van hantar kami ke bilik. Masuk saja ke dalam bilik....wah....besarnya bilik. Bestnya. Cuba tengok...
Storage area memang besar, Semua kelengkapan complete. Satu set sofa serta coffee table.



Balkoni untuk lepak dan anak-anak bermain. (Atau jemur baju basah :P) 
Gambar-gambar sekitar resort.

Deluxe Chalet Beach Front

If dapat bilik paling depan tu mesti malam-malam lena dengan alunan ombak. 

View senja dari Chalet kami. Depan tu ada Star Cruise dua biji. 

Makan
Bab makan jangan risau kalau tak ada budget besar untuk makan di Berjaya, berhadapan pintu masuk terdapat sebuah restoran untuk kemudahan anda. Tengahari kami cuma tapau dah makan di chalet. Harga agak berpatutan walaupun di pulau. Kedai Delima Tomyam menyediakan sarapan pagi, lunch dan dinner. 

Nak lagi senang call no dalam gambar ni dah order sebelum datang. Tapi untuk bbq better pergi dan pilih sendiri seafood yang ada. 




Malam pertama saya makan udang bbq. Mula-mula Nazri (saya dengar orang panggil nama beliau)  tak nak layan saya walaupun lama saya berdiri untuk pilih ikan. Dia busy dok layan sorang mat salleh ni yang baru datang, lalu saya bergurau padanya "you tak nak layan I ke? Lama I tunggu dkt sini orang kemudian gak u layan." sambil senyum dia pun malu-malu dan layan saya. Memang malam tu ramai orang di kedai dan staff pun tak cukup. Saya paham dan sikit pun tak marah cuma saya saja bergurau.  Baca review dalam foursquare di sini Delima Tomyam
Kalau datang pulau tak makan seafood tak sahla. Memang segar dan malam berikutnya pun saya makan udang yang sama tapi Hubby tambah ikan bakar. Yummy yummy! Lagi satu menu yang saya recommend ialah sotong goreng tepung cicah dengan kuah salsa. Kecur air liur bila bercerita dan rasa mahu terbang ke sana. 

BBQ Prawn + Butter Sauce + Salsa dip....Amazing!
Malam kedua saya order scallop tapi sizenya terlalu kecil dan overcooked. Keras bila masuk mulut. Jadilah sebab saya nak merasa.

Jom layan gambar sikit :
Breakfast kami termasuk pakej, okla the selection banyak juga. 





Game room, tak sempat masuk sebab bila kami di sini bilik ni belum buka. Open 10am onwards. Jauh dari  bilik kami.

RM10/adult Pusing Rengis Island. Kami dapat snorkeling free tapi semua tak nak dan saya malas nak snorkeling sorang2.


Pusing pulau buat saya pening. 

Kepenatan dari pusing pulau dan jalan kaki tengah panas kami tidur je selepas tu...hehehe 

Jangan lupa pack sunblock, aftersun dan beach sandle. Beli selipar jepun murah je...

Sunset

Masa untuk pulang, sumpah memang x cukup 3 hari 2 malam. Tengah tunggu van untuk pick up ke lobi, 
 Memang saya tak ke mana-mana. Lepak resort membadak je...heheh betul2 holiday. Next time kena datang lagi but longer stay la. Nak g Taman Laut, Duty Free dan pusing pulau.


Balik naik bas ke Jeti. Bas by Berjaya. Best lagi naik tramp. 


Ramai betul orang dan lambat betul bot nak bergerak.
Masa check out dari Berjaya saya sempat complaint tak dapat fruit basket.

Perjalanan balik ke Mersing memang agak mencabar. Bot besar orang ramai. Saya dan adik terpaksa lari dulu untuk dapatkan seat yg selesa. Hubby dan kakak menyusul kemudian. Laju betul adik lari kesian dia. Kami duduk ruang atas sekali.
Bot kami bila nak sampai Mersing tak boleh masuk sebab air surut. 1 jam duduk dlm bot. Nasib baiklah kami jenis x kisah. Adik pun lena tidur.

Sampai Mersing tepat pukul 4 petang dan masing-masing dah lapar. Nasib baik ada kedai burger dekat jeti. Order burger dan makan dalam kereta dan kami off ke Johor Bahru.

Kita sambung kemudian cerita di JB...

Terima kasih kerana sudi membaca, datangla lagi ye.....  :)

Saturday, May 18, 2013

Vietnam Shopping Trip - Perancangan

Kawan aku kata, buat blog jela. Memang  ada but takde masa nak update.
Tapi kali ni nak share la perancangan kami nak shopping ke Vietnam Wesak ni,

Kami buat kerja gila sebab last minute plan nak pergi sana. Tiket MAS dah habis, AA pun bolehla walaupun mahal. Plan terdesak dah.
Hotel kami Thien Xuan Hotel, dekat dengan Ben10 (Ben Thanh) Market.


Kalau sesapa nak pinjam silakan lah:-

RESTAURANTS IN VIETNAM
1 HAJAH BASIRAH - SIMPLE AND CHEAP. CUBA Pho Mee 
2 KEDAI MAKANAN MELAYU 
3 KG MELAYU
4 RESTORAN MELAYU SEBELAH HOTEL LA ROJIE
5 RESTORAN SAIGON DEPAN MASJID AL RAHMAN
6 VN HALAL
7 VIETNAM DELIGHTS
8 FOUR SEASONS



COFFEE SHOP TRUNG NGUYEN COFFEE


CURRENCY CONVERTER 
MYR DONG USD
1 7k 0.33
2 14 0.66
3 21 0.99
4 28 1.32
5 35 1.65
6 42 1.98
7 49 2.31
8 56 2.64
9 63 2.97
10 70 3.30
20 140 6.60
30 210 9.90
40 280 13.20
50 350 16.50
60 420 19.80
70 490 23.10
80 560 26.40
90 630 29.70
100 700 33.00

Monday, July 18, 2011

Kembara Terengganu 1 -plan

29/1/2011-3/2/2011 (Catatan perjalanan yang lalu, sekadar rujukan)


Kembara jalanan  kali ini menuju ke Terengganu. Segala perancangan telah dibuat seawal mungkin. Ada saja peluang (selalunya lewat malam) saya akan google dan cari mana nak tuju.
Booking dan pertanyaan rate semua Dd  yang buat. Bini dia dah penat cari info and plan budget,itinerary bagai….kerja2 senang biarlah dia buat.


Info penginapan kami:-
1. Gem Beach Resort (Batu Rakit Tel: 09-6695910) RM370 nett untuk 2 single bed + 2 breakfast 3 hari 2 malam
2. Grand Continental (Kuala Terengganu Tel: 09-6251888) RM452.40nett untuk 1 queen+1single+1 crib + 3 breakfast 3hari 2 malam
3. Holiday Villa, Cherating (Tel 09-5819500) RM190nett untuk 1queen+1sofabed +2 breakfast (tapi kami dapat 2 single,1sofabed+1crib)


Tips:-
1. Kami road trip dengan 3 kanak2. Umur 1 +,10 & 11. So bayangkan perjalanan panjang kalau tak plan betul-betul. Hiburan dalam kereta wajib ada. Irees (1y) kami sediakan satu kecil beg mainan beserta buku. Abang & Kakak dah dewasa , hiburan mereka lebih kepada game dan buku. Kakak memang tak boleh renggang dengan buku, Novel,mp3,camera dan psp jadi hiburan mereka.
2. Minuman & Makanan – sediakan makanan untuk spare sebab kanan-kanak ni macam-macam ragam. Kami goreng nugget & sediakan banyak bekalan minuman.
3. Luggage – ha bab ni amatlah leceh sekali bila bercuti. Sudahnya saya dah biasa sediakan formula setiap kali kami bercuti. Formula untuk sehari :-
  • Baby- 3 outfits + 2 baju tidur + socks + saputangan
  • Kakak – 2 outfits + 1 baju tidur + socks
  • Me&dd – 2 shirts + 1 pants + 1 sleepwear.Saya selalu recycle my jeans for a few days.
Baju untuk sehari saya akan masukkan dalam plastik beg/zip beg/ziplock beg dan label. Contoh : Irees day1 dan seterusnya. Dengan cara ini saya hanya keluarkan plastik beg yang perlu saja untuk mengambil baju. Tak perlu nak kumbah satu beg. Pening pulak nak kemas balik. Lepas tu dah bercampur aduk…pening woii.


Kemudian barang-barang lain.

  • toiletries
  • medicine
  • beach equipment
  • toys + book bag (dah cerita tadi kan)
  • baby essential (5pcs pampers sehari, baby wipes (WAJIB n PENTING), botol susu, berus botol,susu,termos air panas, mineral water (beli botol kecil2 senang nak tuang bila bancuh susu),food container, sudu n garpu, kipas + bateri, blanket, topi.
  • gadget beg – laptop,charger hp,laptop & camera, ehd and segala mak nenek yang nak pakai. Untuk gadget simpan satu beg. nanti x pening nak cari semua beg.

My handbag masa travel ada benda-benda ni. Camera,tisu,tisu basah,plastic bag,sunglasses (mine & the whole family),road map (nan ado garmin ok) hotel info, itinerary ,kipas kertas(kan panas cuaca), wallet,handphone, kunci , travel journal & pen. Tu tak termasuk kekadang budak2 ni masukkan buku & mainan dia org gak dalam beg tu. Mau senget bahu mak dia org.


Memandangkan byk sangat hotel so baju-baju yang dah siap label kami letak je dlm car boxes dan masukkan dlm luggage kemudiannya. Kerja keluar masuk baju and luggage ni Dd jugak buat so saya x boleh nak bagi review lebih2. Yang penting….kenalah plan n stay organized sebab trip2 lama2 n dengan budak2 ni amat leceh n stress if x ready.


Ok dah panjang merapu…tak gak sampai Terengganu kan….haha. Kita sambung next entry…pergi pack barang dulu n call hotel hehe…Jangan korang masukkan anak korang dalam beg dahla….DSC_3870
Little Irees…..