Siapa sangka tahun ini kita diduga satu dunia.
Cara berbeza setiap kita menghadapi wabak.
Sekolah ditutup.
Bekerja di rumah.
Exam online.
Terputus pendapatan.
Moratorium ditawarkan.
Rumah tempat paling selamat.
Menggigil kali pertama dibenarkan keluar rumah.
September datang.
Hati semakin berani walau ketakutan tidak pernah hilang.
Pujuk diri untuk terus kuat dan berani demi kelangsungan hidup dan tanggungjawab.
Tidak semua berani dan tidak semua takut.
Kita berbeza, tidak pernah sama.
Sekolah dibuka, kutahan hingga reda, sampai bila? Adik semoga الله lindungi adik ke sekolah. Doa ibu dititipkan maka bismillah anak melangkah. College sudah habis semester maka semester baru bermula secara face to face. Bismillah semoga الله lindungi kakak dalam perjalanan dan pembelajaran. Anxiety dalam roller coster sekejap muncul sekejap hilang.
Suami, apa kata sebelum semuanya kembali kepada New Normal kita menarik nafas dingin di tanah tinggi sebentar? Simpanan saya ada sedikit untuk 2 malam di sana. Semuanya last minute kali ni. Matlamat utama dekat dengan restoran senang tiada kesesakan & selesa. Rancangan hanya nak duduk berehat di dalam bilik sahaja dan keluar untuk mencari makan.
Nyaman terasa alunan azan di Tanah Tinggi. Menikmati secawan kopi di taman yang damai. Ada petang rezeki goreng pisang dan cempedak. الحمدلله rezeki kami mendapat penginapan yang mendamaikan dan selesa. Subuh sangat permai apabila bidai di buka alunan azan dan disambung dengan ceramah subuh. Beruntung penduduk di sini boleh mendengar dari rumah setiap patah perkataan amat jelas. Jika tidak cukup live di facebook juga diadakan.
Ada hari kami berjalan dari bilik ke Tanah Rata berdua. Menyapa penjual-penjual di sini. Bertanya khabar dan bercerita. Rata-rata amat peka dengan berita semasa dan berhati-hati tapi hidup mesti diteruskan. Namun rata-rata menarik nafas lega kerana berada di kawasan hijau. Kehidupan mereka dengan berniaga. Maka ada risau di setiap raut wajah tua mereka. Namun resepi hidup mereka mudah, kerja dan pulang ke rumah. Tiada istilah hiburan dalam kamus hidup mereka. Tiada wang untuk dibazirkan dan waktu terisi dengan pengalaman yang berharga. Tiada sia-sia.
Namun setiap gula ada garam. Tanah Rata seakan tidak terjaga kebajikannya. Larangan merokok tidak diperduli. Kebersihan dan sop agak kurang di perkuatkuasa. Untuk tidak menimbul ketegangan kami memilih hidangan yang pantas. Mungkin tidak akan kembali lagi. Kebersihan diragui. Mungkin sekian lama makan di masak sendiri, tekak semakin tidak peduli untuk mencuba makan di luar lagi.
3 hari 2 malam di Tanah Tinggi cukup untuk charge energy. Semoga kami semakin kuat menempuh new normal yang seakan tidak ramai peduli. Mungkin sebab kami pernah alami betapa sakit bila asma menyapa, apatah lagi sakit yang masih tiada ubat. Biarlah kami memilih untuk berhati2 dan mengikut sop.