Oh The Place I've Been

Showing posts with label Johor 2013. Show all posts
Showing posts with label Johor 2013. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

Explorasi ke Selatan part 4 final: Legoland & JPO

CSC_9462crop
Amaran : pictures overload.
Selamat datang ke Legoland. Akhirnya sampai juga kami di sini. Dengan harga tiket RM65 seorang (guna voucher khas untuk Maybanker) Cuaca memang panas terik. Jangan lupa pakai sunblock, minum air banyak-banyak, pakai payung atau topi. Dalam kedai ada  jual kipas+water dalam RM50. Macam yang dekat  kedai mamak tu, bila panas dia akan sembur air sekali.
DSC_9321
Kami bernasib baik, walaupun cuti sekolah tapi orang memang tak ramai. Kaunter tiket pun ada banyak. Waktu menunggu untuk masuk ke dalam sekejap sangat tapi kami berteduh juga di depan pintu masuk.
DSC_9322
Si kenit dah lari sebab takut so daddy jela ambil gambar. This guy distribute belon dekat kanak-kanak. Puji this guy dengan cuaca panas, pakai kasut/kayu tinggi dan baju berlapis but still happy dan tersenyum melayan pelawat yang ada. Thumb up Thumbs up
DSC_9323
Nenek ni siap dok menyanyi-nyanyi. Memang menarik rasa nak beli simpan dekat rumah tapi takut pulak malam-malam dia dok menyanyi.
DSC_9327
Belakang jaws ni tempat untuk naik bot. Bila masuk saja ke Legoland kami terus ke kanan. Di kanan banyak mainan -untuk kanak-kanak seperti bot, kereta, helicopter,bomba, train. dll.
DSC_9328
Sementara tunggu adik dan daddy beratur untuk naik bot kami ambil gambar sekejap. Kalau bukan kerana cuaca terlampau panas pasti habis penuh card camera saya Rolling on the floor laughing
Ok dah habis cerita, layan jela gambar ni kot2 hati tertarik nak bawa family ke sana. Saya nak pergi lagi…..
DSC_9331
Tikus-tikus ni memang comel.
DSC_9332DSC_9343DSC_9347DSC_9357DSC_9359CSC_9463Saya memang puji sesangat staff-staff dekat sini. Sanggup keluarkan kereta warna kuning sebab si kenit saya nak juga kereta kuning. Bila anak saya giveup dia org pujuk dan tolong tolakkan. Thumbs up
DSC_9379
Terima kasih kerana begitu bijak melayan kanak-kanak. Sorry saya tak sempat nak tengok nama dia..
DSC_9394DSC_9395DSC_9398
Dekat rumah bola ni la dia main sampai muntah. Emergency room memang ada di area Legoland. Pastikan anda tahu di mana. Dah ada juga staff2 emergency akan berpusing sekitar Legoland untuk membantu bila kecemasan.
DSC_9401DSC_9402DSC_9404DSC_9407DSC_9410DSC_9414DSC_9418DSC_9420
Awww my beloved old office…..
DSC_9421DSC_9451DSC_9453DSC_9455IMG_8695 Waktu kegemaran adik, shopping. Habis semua mainan dia masukkan dalam troli tapi nasib baikla troli ni kecil. Keychain legoland harga RM19.90. Saya beli Harry Potter FM harganya rm54.90
Kami tak sempat pusing habis pun sebab masing-masing dah keletihan dan hari pun dah hujan. Next time kami datang lagi untuk main 3d etc.
Kami terus ke JPO dalam 30minit perjalanan menaiki kereta. Elok kami sampai hujan turun dengan lebat. Malangnya JPO tiada basement parking (or saya yang tak tahu). Dah tempat drop pun penuh dengan kereta yang parking. Basahla kami anak beranak masa tiba di sana. Kami dah lapar dah makan di food court. Pada sesiapa yang tak biasa food court ni memang penuh dengan lalat sebab kawasan sekitarnya ialah kepala sawit.
Pada saya JPO ni biasa saja. Mungkin ada yang biasa dan tahu apa kelebihan dia. Harga masih mahal walau out of season.
IMG_8698
Adik nak baju ni, tapi takde size la sayang. Ok kita ambil gambar sajala mama.
Dengan post ini berakhirlah sudah cerita saya yang tak seberapa di Johor.
Terima kasih kerana sudi singgah…..jumpa lagi dan jangan malu2 untuk datang lagi ke blog saya.

Tuesday, June 11, 2013

Explorasi ke Selatan Part 3 : Pariss Hotel

 

Pariss Hotel

Kami bertolak dari Mersing pukul 5 petang dengan hanya beralaskan burger sebab tidak mahu membuang masa kerana hari hampir malam. Isi minyak di Shell Mersing dan melalui Jalan Jemaluang dan Kota Tinggi untuk ke Johor Bahru.  Destinasi kami ialah Pariss Hotel yang terletak di Nusa Bestari, Skudai. Kami memilih hotel ini kerana review yang kami jumpa dalam majalah Leisure Travel kerana ia berhampiran Legoland. Memang agak sukar untuk mencari hotel ini kerana kami tidak biasa dengan area Johor . Berpandukan google maps, waze dan foursquare beberapa kali juga kami perlu membuat pusingan balik. Akhirnya saya menelefon hotel dan staff hotel sangat membantu dan sabar memberi arah jalan.  Kami tiba di hotel pukul 8.30 malam.  Untuk 2 malam kami ambil bilik Family Jumbo dengan harga hampir RM450. 

IMG_8655IMG_8656

Katil super king.

IMG_8660

Flat screen TV, siaran yang memadai.

 

IMG_8700

Dalam banyak-banyak hotel dan resort yang saya dah pergi, Pariss mempunyai laci yang sangat comel untuk menyimpan peralatan diri. Idea yang bagus untuk ruang yang kecil dan nampak elegen.

IMG_8709

Sarapan disediakan oleh pihak hotel, nothing fancy just simple breakfast untuk alas perut. Plate

IMG_8710IMG_8711IMG_8717

Ruang lobi.

Friday, June 7, 2013

Explorasi ke Selatan Part 1 : Air Papan


Cuti sekolah tiba lagi dan inilah waktunya yang saya dan keluarga nantikan. Bercuti panjang dan menjelalah tempat baru dan asing.
Perancangan kali ini ialah Mersing-Tioman-Johor-Melaka. Tapi kami batalkan Melaka di saat akhir sebab masing-masing keletihan.
Perjalanan kami bermula pada pagi Sabtu 1 June 2013. Pukul 10 pagi kami bertolak. Dari highway Sg Besi dan keluar di Ayer Hitam kos tol ialah RM32.40.  Kami singgah di Pagol R&R untuk mengalas perut sebab Hubby takut bila dah exit Ayer Hitam dan perjalanan 2 jam ke Mersing tiada kedai makan. Sebenarnya ada banyak juga kedai makan di kawasan Ayer Hitam dan Kluang. Saya terpandang Nasi Beriani Haji Dollah dan Kopitiam Kluang ketika melalui kawasan tersebut. Saya pun tak sempat buat banyak homework untuk trip ni dah hubby pun banyak tak packing barang2. Nasi Beriani tu saya perasan sebab ada banyak kereta parking dan ramai orang di kedainya. Next time jika saya berkunjung lagi ke sana mungkin saya akan singgah untuk mencuba.
IMG_8438IMG_8442
Kesesakan lalulintas sehingga Nilai melambatkan perjalanan kami. Kami tiba di Air Papan Beach Resort agak lewat dan bilik kami rupanya bukan chalet tapi cuma bilik di dalam bangunan yang baru. Memang simple dan basic bukan seperti yang saya baca dalam blog lain. Kata adik reception tu, bilik-bilik chalet bukan untuk katil single. Saya ingat nak tukar bilik lain tapi memandangkan esok dalam pukul 3 pagi kami akan check out untuk ke Jeti Mersing maka saya terima seadanya. Dua katil single yang tidak boleh dirapatkan sebab ditengahnya ada meja bersambung wayer. Tuala tidak disediakan di dalam bilik dan jika anda memerlukannya bolehla bayar deposit RM10 untuk sehelai. Nasib saya agak baik kerana adik tersebut memberikan tuala dan bantal extra dengan percuma mungkin kerana kami check in agak lewat dan check out agak awal.
IMG_8444Gambar bilik dari luar, di dalam basic saja.
IMG_8451
View dari bangunan baru. Kiri ialah chalet yang saya ingat kami akan bermalam Sad smileRata-rata pengunjung di sini ialah orang Johor juga berdasarkan no plat kereta mereka. Harga bilik kami ialah RM200/semalam.
IMG_8454Saya bertanyakan nasi goreng tidur pada reception tapi dia tak pernah dengar dan menyarankan saya ke De Semak sebelah Brother Joe untuk dinner. Tapi akhirnya saya membuat keputusan untuk memilih Thai Green House untuk dinner. Agak sedap makanan di sini dan yang uniknya restoran ini adalah dari sebuah rumah yang kita boleh makan di dalamnya. Dah habis makan baru saya tahu kita boleh menikmati hidangan di dalam rumah. takdela asyik kena gigit nyamuk dekat luar. Lepas dinner kami cuba mencari Jeti Mersing supaya keesokan pagi tidak perlu lagi untuk mencari. Kami juga survey parking lot. Selepas itu kami pusing-pusing bandar Mersing.
IMG_8455IMG_8456                 O’sore High School western & Burger. Saya tapau juga untuk merasa walaupun dah kenyang dinner.