Oh The Place I've Been

Sunday, July 14, 2013

Explorasi ke Selatan part 4 final: Legoland & JPO

CSC_9462crop
Amaran : pictures overload.
Selamat datang ke Legoland. Akhirnya sampai juga kami di sini. Dengan harga tiket RM65 seorang (guna voucher khas untuk Maybanker) Cuaca memang panas terik. Jangan lupa pakai sunblock, minum air banyak-banyak, pakai payung atau topi. Dalam kedai ada  jual kipas+water dalam RM50. Macam yang dekat  kedai mamak tu, bila panas dia akan sembur air sekali.
DSC_9321
Kami bernasib baik, walaupun cuti sekolah tapi orang memang tak ramai. Kaunter tiket pun ada banyak. Waktu menunggu untuk masuk ke dalam sekejap sangat tapi kami berteduh juga di depan pintu masuk.
DSC_9322
Si kenit dah lari sebab takut so daddy jela ambil gambar. This guy distribute belon dekat kanak-kanak. Puji this guy dengan cuaca panas, pakai kasut/kayu tinggi dan baju berlapis but still happy dan tersenyum melayan pelawat yang ada. Thumb up Thumbs up
DSC_9323
Nenek ni siap dok menyanyi-nyanyi. Memang menarik rasa nak beli simpan dekat rumah tapi takut pulak malam-malam dia dok menyanyi.
DSC_9327
Belakang jaws ni tempat untuk naik bot. Bila masuk saja ke Legoland kami terus ke kanan. Di kanan banyak mainan -untuk kanak-kanak seperti bot, kereta, helicopter,bomba, train. dll.
DSC_9328
Sementara tunggu adik dan daddy beratur untuk naik bot kami ambil gambar sekejap. Kalau bukan kerana cuaca terlampau panas pasti habis penuh card camera saya Rolling on the floor laughing
Ok dah habis cerita, layan jela gambar ni kot2 hati tertarik nak bawa family ke sana. Saya nak pergi lagi…..
DSC_9331
Tikus-tikus ni memang comel.
DSC_9332DSC_9343DSC_9347DSC_9357DSC_9359CSC_9463Saya memang puji sesangat staff-staff dekat sini. Sanggup keluarkan kereta warna kuning sebab si kenit saya nak juga kereta kuning. Bila anak saya giveup dia org pujuk dan tolong tolakkan. Thumbs up
DSC_9379
Terima kasih kerana begitu bijak melayan kanak-kanak. Sorry saya tak sempat nak tengok nama dia..
DSC_9394DSC_9395DSC_9398
Dekat rumah bola ni la dia main sampai muntah. Emergency room memang ada di area Legoland. Pastikan anda tahu di mana. Dah ada juga staff2 emergency akan berpusing sekitar Legoland untuk membantu bila kecemasan.
DSC_9401DSC_9402DSC_9404DSC_9407DSC_9410DSC_9414DSC_9418DSC_9420
Awww my beloved old office…..
DSC_9421DSC_9451DSC_9453DSC_9455IMG_8695 Waktu kegemaran adik, shopping. Habis semua mainan dia masukkan dalam troli tapi nasib baikla troli ni kecil. Keychain legoland harga RM19.90. Saya beli Harry Potter FM harganya rm54.90
Kami tak sempat pusing habis pun sebab masing-masing dah keletihan dan hari pun dah hujan. Next time kami datang lagi untuk main 3d etc.
Kami terus ke JPO dalam 30minit perjalanan menaiki kereta. Elok kami sampai hujan turun dengan lebat. Malangnya JPO tiada basement parking (or saya yang tak tahu). Dah tempat drop pun penuh dengan kereta yang parking. Basahla kami anak beranak masa tiba di sana. Kami dah lapar dah makan di food court. Pada sesiapa yang tak biasa food court ni memang penuh dengan lalat sebab kawasan sekitarnya ialah kepala sawit.
Pada saya JPO ni biasa saja. Mungkin ada yang biasa dan tahu apa kelebihan dia. Harga masih mahal walau out of season.
IMG_8698
Adik nak baju ni, tapi takde size la sayang. Ok kita ambil gambar sajala mama.
Dengan post ini berakhirlah sudah cerita saya yang tak seberapa di Johor.
Terima kasih kerana sudi singgah…..jumpa lagi dan jangan malu2 untuk datang lagi ke blog saya.

No comments:

Post a Comment