Friday, June 7, 2013
Ho Chi Minh Vietnam
Shopping trip buat aku dan Bella. Kami pergi 24/5/2013(Friday) menaiki penerbangan pertama pada pukul 7.05pagi dan tiba di Tan Son Nhat Intl Airport pada pukul 8.05pagi waktu Vietnam.
Di sana perbezaan masa ialah 1 jam awal. Kami akan pulang keesokan harinya pada pukul 9.10malam iaitu penerbangan terakhir. Secara keseluruhannya kami ada dua hari untuk shopping. Trip ni saja nak explore apa yang menarik sangat sampaikan makcik-makcik jiran mak suka sangat ke sana dan nak shopping gak!
Menaiki AirAsia agak leceh , banyak sangat counter sebelum kami dapat masuk departure hall. Dan yang paling meletihkan, kapal kami berada di hujung dari pintu keluar. Kesian org-org yang tidak kuat dan anak-anak kecil. Kami pun mengah juga bila tiba. Untuk yang mampu naiklah MAS sebab bila di tambah extra baggage, makan etc sama saja harga.
Kami tiba di Vietnam tepat pada waktunya. Kemudian terus ke ladies, bila keluar semua org Malaysia dah hilang. Lepas Kastam ingat nak ambil token untuk naik teksi, tapi sampai USD20 takke melampau kan. Kami keluar dari airport dan cuba bertanya teksi yang ada. Ada juga driver yang macam memaksa but kami buat muka tebal. Akhir sekali kami naik teksi dari Saigon Air, 200dong. (RM30) Sebab kami naik ialah drivernya wanita. Sebenarnya kami nak cari Vinasun tapi tak jumpa.
Teksi ni bawa kami terus depan hotel kami bakal menginap. Thien Xuan Hotel. Masa masih awal dan belum masa untuk check in.
Tips : Print alamat hotel dan tunjuk kepada pemandu teksi.
So kami tinggalkan luggage dan berjalan untuk sarapan pagi di Hajah Basiroh. Malangnya pagi tu kedai Hajah tutup sebab ada kematian dalam keluarnya. Kami singgah di kedai sebelah Hajah iaitu Kampung Melayu. Dua nasi goreng ayam dan telur (package dia) dan 3 air jumlah ialah 353dong.
Teh Tarik dia kelat tapi kopi dia terasa ingin terbang ke sana hanya untuk menghirup segelas kopi susu ais. Buat aku, penggemar kopi ni memangla berhantu dengan kopi vietnam dan sepanjang di sana memang kopi vietnam saja yang diorder ketika makan.
Perut dah kenyang dan kami tak buang masa lagi terus masuk ke dalam Pasar Ben Thanh. Kedai pertama yang kami pergi, kami tak berapa di layan kemudian kami terus pusing ke kedai berhadapan kedai tersebut. Di sini kami dilayan, diberi kerusi dan minuman. Banyak juga kami berbelanja di sini dan kain chiffon di sini amat cantik dan menarik. Sesiapa yang biasa dengan tudung Al Humairah, banyak design kainnya di sini. Nama kedai ni ialah Thang dan gambar di bawah ialah tokei kedai Mrs Mai. No Kedai dia 472-474-476-478.
Dah shopping kami balik hotel untuk check in. Take note beg besar tu sebenarnya kosong. Isi baju sikit je.
Bilik kami mengadap jalan besar dan dari tingkap boleh nampak pasar Ben Thanh.
Yang bangunan rendah atap coklat/merah bata tu la Ben Thanh.
2nd trip shopping. Kami alas perut di Restoran Melayu Champa. Mee Po dia memang sedap. Ini kali pertama makan Mee Po. Memang kenyang dan cukup untuk kumpul tenaga untuk next shopping
Tips : Even shopping bagai nak rak, jaga lupa spare mineral water dalam bag. Cuaca panas nak pulak dalam pasar.
Sempat tempah terompah tapi harganya agak mahalla dalam RM30 but bolehla untuk hadiah buat si kecil saya.
Beg Deuter pun banyak dekat sana dan harga dalam RM35 satu. But bukan ori ok. Bolehla buat bawak pergi pulau
Cuci mata tengok kain, Sutera Vietnam x beli. Mahal sangat,
Sebelah malam kami pergi ke pasar malam kemudian di penghujung jalan kami ternampak Coffee Bean so lepaskan penat dan layan wifi.
Keesokan harinya, pukul 4 pagi dah dengar honk kuat. Di sini memang bising dengan honk dari motor dan kereta. Sini cepat siang, ingat ke dah 10 pagi rupanya baru 6 pagi.
Breakfast di hotel cuma minum kopi dan menjamah keledek pink. Memang sedap.
Susu ni aku beli untuk dibancuh dengan kopi vietnam.
Tips : Beli kopi di kedai runcit biasa sebab harganya 3x ganda murah beb.
Hari kedua kami berjaya brunch di Hajah Basiroh tapi mee dia Melayu Champa lagi sedap. Bella makan nasi dengan udang.
Mangga dibeli di tepi jalan saja. RM15 but sos ada 4. Puas hati walaupun mahal.
Bunga segar pun banyak di sana.
Seluar beli di pasar malam USD5. Seller insist gak nak jual even kami x setuju harga. Sudahnya seller setuju dengan harga saya,
Buahan di sana memang berkilat. Setiap biji dilap mesra hehe
Kami shopping hingga habis waktu untuk ke airport. Pukul 12 kami checkout dah tinggalkan beg di hotel. Kemudian ke kedai Hajah Basiroh iaitu di rumahnya tapi sabar jela. Macam kapal pecah. Nasibla kan nak memilih. Kami beli telekung di sini. Di sini jugalah penyebab luggage kami excess. Walaupun dah beli extra dari Air Asia tapi sebab rule dia satu beg tak boleh lebih 34 kg buat kami kelam kabut di lobi hotel. Dengan penimbang bagai..kesian bellboy hotel. Kesian kami juga sebab shopping tak beringat. Aku habiskan semua usd dan dong. Kerja gila ni.
Sampai airport kami masih dok adjust beg lagi. Nasib baik ada member yang aku terserempak dekat airport.So saya minta tumpang satu beg. Tapi hand carry kami masih terlebih 2 kg dan aku sumbat telekung dalam handbag. Memang kerja lawak. Nasib baik handbag besar. Flight kami delay dan ubah terminal. Sabar jela. Kami ok je..layan je.
Itulah pengalaman pertama kami di sana. Seronok seharian dok shopping. Seronok dengan partner in crime yang sporting dan tak panik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment