Oh The Place I've Been

Wednesday, January 1, 2014

Sabah kami datang #1


Percutian terakhir kami untuk tahun 2013,  Sabah, Negeri di Bawah Bayu.  Dengan ini habis dah satu Malaysia aku dan Burn pergi. (syukur)
Plan & tiket
Plan ke Sabah agak last minute. Semua flight dah hampir habis. Kira balik budget and tengok balik website Mas, Malindo & AA.  Kesimpulannya Mas lagi murah tapi flight pergi dah habis. Habis tu camna ni? Burn cakap takpe tunggu nanti dia org tambah flight tu, tunggu punya tunggu takde gak. Tak leh jadi ni kang flight habis kita nganga tak dapat pergi. Sudahnya aku nekad beli dulu flight balik thru MAS. (ada transit dekat Labuan kejap) Then lepas seminggu takde pilihan aku amik Malindo untuk fly ke KK. Air Asia ada tapi sama harga dan kita org pun nak park dkt KLIA je so senang sikit pergi balik thru KLIA. 
Penginapan
Dah settle tiket kena fikir pasal mana nak tidur lak. Kita orang plan stay 2 malam di Kundasang dan 2 malam di bandar Kota Kinabalu. Lepas dah survey dekat area Kundasang and check mana yang convenience kami anak beranak maka Kinabalu Pine Resort menjadi pilihan.  Kenapa aku pilih resort ni? Sebab katanya boleh tengok Mt Kinabalu dari sini. Kita tengokla if bernasib baik dan tak hujan maka dapatla tengok.  Dah dapat Kundasang now KK pulak. Mana nak stay ni?  Jenuh memilih jenuh consider kemudahan demi anak-anak sebab dekat KK kami tak sewa kereta so nak kiasu nak semua dekat-dekat.  Sudahnya kami pilih Hyatt. (dengan harga discount ye bukan pay full price)
Kereta Sewa
Ni memang aku saja cari pasal. Minggu depan dah nak fly baru aku cari. Sibuk sangat katanya. Dah last minute kelam kabut. Call first one takdo. Yela time xmas ko nak sewa kan surelah habis. Then aku cuba lak call second one. Yeah berjaya. Toyota Vios untuk dua hari. RM130/sehari. Sewa dengan Shahril. Very easy to deal with.
Itinerary/priority list
Sentap tak kena buat itinerary bagai? Kalau tak buat sampai sana kang blur tak tahu nak g mana lak. So aku tak buat itinerary just priority list. Aku listkan apa benda yang ada dekat Kundasang & KK.  So senangla nanti sampai sana tengok kesesuaian kami anak beranak.
Packing
Aku bawak dua beg je. Satu untuk Kundasang dan satu untuk KK. Ye anak patung segala tu pun ikut gi sana. Layankan je sekejap je nanti dia dah besar n tak nak dah benda-benda ni. Bila dia besar nanti aku nak tunjuk dekat dia barang-barang dia dok usung setiap kali kami pergi bercuti. Untuk Kundasang cuaca sejuk sila bawa baju lengan panjang atau jacket.  Selalunya setiap kali cuti aku dah siapkan awal-awal OOTD memasing so bila sampai sana aku tengok gambar dan capai je dalam beg tu. Selain itu ubat, toiletries, camera, some foods, charger aku bawak.  Payung dan poncho pun aku bawak sebab cuaca dok hujan.
IMG_2885
Dah siap semua jom kita ke Sabah bah….ko nak ikut tak? Lets go….aku bawa percuma ja bah.
Fly with Malindo
First time fly dengan Malindo, apa ke lambat benor korang bukak kaunter ni. Lepas tu takde orang jaga mana orang yang kena naik dulu and mana naik kemudian. Bila announce family with small kids naik dulu, orang-orang takde anak yang dok pakat redah. Takde orang jaga ke Malindo? Kesian tau orang-orang tua and small kids. Aku okay je bah sebab anak dok dalam stroller, aku tolak je.
IMG_2900
IMG_2904
Hidangan atas flight hehe.  Bolehla untuk alas perut. Lagipun kami dah breakfast dekat Mc’D tadi. Flight cuma 2jam 35 minit. Atas flight ada entertainment tapi malangnya earphone ko kena beli sendiri. RM15. Nasib baik kami memasing bawak earphone. Tapi kerusi Malindo ni memang besarla berbanding MAS. Space kaki pun luas. Irees tidur lena sepanjang flight. Dah nak sampai baru dia bangun. Nasib baik gak sebab entertainment dia memang takde cartoon langsung untuk kanak-kanak. Ini second time Irees fly, she is good so far. Tak sure long flight dia camna. IMG_0802
Cantik awan ni kan? Tandanya kami dah sampai. Syukur flight smooth.
Kota Kinabalu International Airport
IMG_0806
IMG_2907IMG_2908IMG_2909 
Sampai dekat KKIA dah siap collect luggage kami ambil kereta dari Shahril dan terus ke Kundasang. Vios Auto 1.5 RM130/day. Dari Airport menghala ke city ada banyak pump station. Isi minyak dan buat susu Irees terus kami shot ke Kundasang. Ikut signboard ke Tuaran dan kalau nak lagi senang pakai je waze. Bila dah start mendaki tu tak perlu risau dah sebab jalan tu terus je untuk ke Kundasang. Untuk sampai ke Kinabalu Pine Resort kita akan melalui Pekan Nabalu , Mt Kinabalu entrance dan Pekan Kundasang. Kami sampai di Pekan Kundasang betul-betul lunch time. Penuh kedai makan dekat situ. So kami tapau jela before check in bilik. Dah letih sebab bangun dari pkl 3 pagi.



IMG_2913IMG_2914
Pekan Kundasang
IMG_2924IMG_2925IMG_2926DSC_0342DSC_0343
Malam tu kami lepak dekat bilik je sebab hujan. Dinner dekat restaurant resort saja. Makanan dia memang hmmm bolehla untuk alas perut. But if nak sedap pergi makan dekat Pekan Kundasang,Restoran Intan. Jangan lupa makan kepak ayam dia gak. Sedap dimakan ketika panas.
Ok chow chee chow…..sambung lak nanti.

2 comments:

  1. Assalam.. nak tya. Naik Malindo air ni kalau bawak masuk stroller baby, dalam flight nak letak mana yea? conpius ni. Kebetulan I nak gi KK juga bulan ni. Naik Malindo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Hi sorry sorry saya jarang buka comments sebab ingat tak ada org visit my blog.
      Masa nak boarding tu dia org suruh lipat then crew akan amik simpankan.

      Delete