Oh The Place I've Been

Saturday, October 3, 2015

Highlight Percutian 2 Minggu di Melbourne (Part1)

Salam buat pembaca yang singgah di blog tak seberapa ni. June 2015 kami diberi peluang untuk melawat Melbourne selama dua minggu. Kalau nak tulis in details memang tak akan sempat siapkan blog post. Kita tengok jela ek highlight in Melbourne selama dua minggu.


1. Luna Park, St Kilda


Memang old skol theme park. Ala-ala fun fair dekat Malaysia. Tapi dekat St Kilda ni cuaca memangla tak menentu. Kejap sejuk, kejap panas, kejap hujan. So standby pakaian yang sesuai dan juga payung.  Masuk percuma, Nak naik ride baru bayar.

Melbourne's Luna Park is a historic amusement park located on the foreshore of Port Phillip Bay in St KildaMelbourneVictoria. It opened on 13 December 1912 and has been operating almost continuously ever since-Wiki

2. St Kilda Sunday Market


Dekat sini banyak barang-barang handmade yang dia org buat sendiri. Memandangkan kami pergi musim winter tak ramaila orang yang menjual dan tak semeriah summer but we enjoy the cold weather. Lari dari kepanasan Malaysia sekali sekala. Dalam banyak-banyak kedai hati terpaut dengan old couple yang jual handmade puppet. Antara barang-barang yang ada di jual :-








3. Monarch Cake

Buat penggemar benda-benda manis (sweet tooth) tak rugi jika berjalan sikit dari Luna Park ke Ackland Street. Dekat sini ada kek resepi 100 tahun iaitu Polish Baked Cheese Cake, but my personal fav ialah  Chocolate Kooglhoupf 
http://www.monarchcakes.com.au/


4. Bells Beach


World Premier Surf location, tapi in winter tak ada apa :) Just nak tick off the list. Memang ombak tinggi.

Bells Beach is a coastal locality of Victoria, Australia in Surf Coast Shire and a renowned surf beach, located 100 km south-west of Melbourne, on the Great Ocean Road near the towns of Torquay and Jan Juc.Bells Beach is the home of the world's longest-running surfing competition – the Rip Curl Pro Surf & Music Festival. The event was formerly known as the Bells Beach Surf Classic. The competition was first held in January 1961 and then at Easter every year since although occasionally, when conditions at Bells aren't suitable, the competition has been transferred to other breaks such asJohanna& Woolamai.


5. Surf City





Tempat pertama kami pergi dalam Great Ocean Road trip. Sini kiranya all surfer brand ada di sini. Most of the famous surfer brand datang dari sini. Beli seluar dan beg di Rip Curl. 


6. Sticks and Stones, Surf City


Cuaca tak menentu semasa kami ke GOR. Singgah minum hot chocolate & flat white di sini. Sempat panaskan badan.


7. Surf Coast Library, Surf City

Kami tak masuk dalam pun sebab cuaca hujan. Tengok dari luar je.


8. Iluka, Apollo Bay
Singgah sini untuk lunch. Fresh fish & chips. Second time for me here and first time for my family members. 

9. Driving Great Ocean Road

One of the world's most scenic coastal drives. Terharu sangat rasanya dalam bersama family melalui jalan buatan askar yang pulang dari perang dari tahun 1919-1932. Jalan ini didedikasikan buat askar yang terbunuh semasa perang dunia pertama. 




10. Kenneth River


Terletak antara Lorne dan Apollo Bay. Singgah sini untuk lihat Koala yang jinak mendiami pokok-pokok di hadapan rumah di kawasan ini. Malangnya cuaca tak mengizinkan kami untuk keluar dari kereta. Native birds pun banyak dekat sini. 

11. Flat White /coffee


Flat White, kopi yang berasal dari Australia. Dekat sini memang Starbuck tak laku sebab original coffee yang dia org buat sendiri lagi sedap. Kos sekitar AUD3. 

12. Pintu Gerbang GOR
Favorite spot buat tourist. Permulaan perjalanan yang menakjubkan menanti..... hayati keindahan sepanjang perjalanan. Di sebelah pintu gerbang ada jalan menghala ke pantai. Singgah sebentar sambil menikmati udara yang nyaman dan permandangan yang indah. Rehat mata dan minda anda.




13. Grand Pacific Hotel, Lorne. 
Kami stay semalam di sini sebelum sambung perjalanan ke destinasi sepanjang GOR. Subhanallah tengokla view dia. Burung-burung jinak dekat balcony. Apartment pun besar. Ada laundry dan kitchen all complete.

14. Koala

Beruntung kami terserempak dengan koala masa nak ke Port Campbell. Baru nak enjoy dan ambil gambar senyap-senyap tiba2 sampai satu group naik van kelam kabut kejar mak dan anak koala ni. Hasilnya dapatla ambik gambar montot koala. Takde privacy betul dia orang ni.

15. 12 Apostles 



Dah tinggal berapa ketul je. Soon semua ni hilangla...

 16. Alcove Cafe
Akhirnya dapat jejak kaki setelah melihat kamu di alam maya. Muffin dia memang sedap makan dalam cuaca sejuk , suam-suam masuk mulut. Yum!


17. Port Campbell

Perkampungan nelayan. Off season memang tak ada orang. Seronok jalan-jalan di sekitar pekan kecil ni.


18. Southern Ocean Motor Inn

Penginapan kami di Port Campbell. Depan mengadap laut. 


19. Pekan Warrnambool

Pekan kecil yang tenang. 

20. Warrnambool Holiday Village

Cottage comel untuk kami bermalam. Memang cute dan selesa. I wish dpt buat sebiji macam ni dekat kg. Complete kitchen.

21. Derrinallum
Tenang betul pekan kecil ni. Kami berhenti rehat sebentar. Cuaca sejuk betul bila dah dekat Ballarat area ni. 

22. Nachos


Kami makan semasa di Ballarat. Cuaca di Balarat lebih sejuk jika dibandingkan dengan kawasan2 lain yg kami lawati. Puji habis nachos ni sebab dia bukan letak cheese di atas saja, every layer ada cheese. 

23. Mill Market


Kami pergi dua Mill Market, satu di Ballarat then satu lagi dekat Daylesford. Dekat Ballarat sejuk gila sebab tak ada heater but di Daylesford lebih selesa. Mill Market ni kira macam pasar karatla tapi seronok dapat tengok barang-barang yang pernah main masa kecik macam piano atas tu. Hubs tak bagi beli sebab dia macam scary sikit katanya. 

24. Sovereign Park 

Penginapan terakhir kami sebelum balik ke city. Comel dan selesa. I would love to be back here again.Insyallah. 



25. Daylesford 



Small town. Tapi penuh dengan orang-orang kaya.

 "Daylesford is a spa town located in the foothills of the Great Dividing Range, within the Shire of HepburnVictoriaAustralia, approximately 115 kilometres north-west of Melbourne."

Dah 25 highlight....banyak sungguh dah. Kita sambung part 2 nanti ye......
Thank you!