Oh The Place I've Been

Sunday, January 5, 2014

SABAH #4 : Gunung Kinabalu & Desa Farm


DSC_0368

Gunung Kinabalu- Malaysia 1st World Heritage Site by Unesco

Dah puas tengok Gunung Kinabalu, breakfast di resort then kami bersiap nak berjalan di kaki Gunung Kinabalu. Jarak dari Pine Resort ke entrance Kinabalu dalam 15minit. Banyak gak accomodation nearby gunung Kinabalu. Ramai Mat Saleh jalan kaki je pergi sana sebab dia orang duduk dekat.
Kita orang masuk ke dalam dengan bayaran RM7 untuk 4 orang. Memula dia kata RM8 lepas tu bila cakap kakak student dia kurangkan RM1. Suka hati ko la labu. Ngeri gak naik kereta sampai dalam ni. Laluan kecik lepas tu dua arah lak tu. Tapi if pandu hati-hati insyallah dipermudahkan. Amik gambar kejap bukti kami dah sampai walaupun tak panjat.

DSC_0384
DSC_0389
Rasanya ni rumah pekerja Gunung Kinabalu. Dalam ini ada gak resort untuk climber sebelum panjat gunung. Teringin di hati nak panjat gunung ni. Mampukah?

DSC_0390
DSC_0392DSC_0393
Kita orang pusing area tu then perut dah kata lapar lapar lapar….maka jomla kesian perut dok tunggu ketuk kata lapar. Udara sini memang menyegarkan, aku memang tenang dah relex sepanjang di sana sedangkan beban kerja masih dok kiv dlm kepala. Berjaya gak aku float masalah tu sepanjang aku kat sana. Aku risau gak aku drag masalah kerja bila cuti. I’m glad Kundasang gave me miracle experience.
Kalau lori dekat depan korang sabar jela banyak-banyak sambil enjoy the view. Sebenarnya lori tu bersebab, so kita leh drive slow and enjoy the panorama. kuikui…leh terima tak teori aku?


IMG_2983
Lepas makan kejap lagi kita orang nak panjat bukit nila. Ni view dari Kundasang town…dalam tu nak ke Mesilau. Tepi simpang 4 ni ada war memorial. Aku tak singgah pun, lalu je. Penat lagipun hari hujan.  (Alasan)
IMG_2986
Singgah lagi Restoran Intan, sebab kakak suka makan ayam penyet dia. Aku layan chicken wing jek. Sedap makan time cuaca macam ni. Vios peneman kita orang dekat Kundasang. Thank you Vios!

IMG_2988IMG_2989

Dah kenyang? Marilah kita ke Desa Farm…

Desa Dairy Farm
Ngeri gak la memanjat bukit area Mesilau ni. Semua lori pick-up je, kecuali kami-kami yang ala-ala tourist ni. Ni facebook dia orang https://www.facebook.com/desacattlefarm
Ni aktiviti-aktiviti dekat Desa Dairy Farm. (aku copy dari FB dia orang) Bayaran masuk pulak : RM4 Dewasa & RM3 (Kanak-kanak & Student)
Aktiviti-aktiviti dan masa operasi di ladang Desa Cattle:
Masa buka: 8.00am
Masa tutup: 5.00pm
*Melihat aktiviti pemerahan susu : 3.00pm-5.00pm (setiap hari)
*Melihat aktiviti pemprosesan susu (susu dipek): 10.30am-2.00pm (Selasa, Khamis, Ahad)
*Melawat kandang anak lembu/kambing (beri rumput/susu botol): 9.00am- 4.30pm
IMG_2998

IMG_2990IMG_2993
Ice-cream vanilla ni serious sedap. Mahal sikitla satu cup ni RM5. But memang sedap & segar. Korang jangan amik perisa lain. Amik vanilla…sedap dari chocolate. Susu dia aku tak beli sebab dekat resort pepagi dia dah serve susu dari Desa ni.

IMG_2995
Masa kita orang sampai serious panas terik. Sebab tu tak banyak photo kami amik. Nak syok datangla petang sikit tapi sebab masa kami datang petang asyik hujan je so baik jela sekali harung semua kang langsung tak pergi.

IMG_2996DSC_0395DSC_0408DSC_0418DSC_0419DSC_0420
Dah makan ice-cream, tengok kawasan sekitar tengah renovate. Dia nak extend kawasan ni. So takdela lepak lelama sebab Irees pun dah letih. Sebelum dia mengamuk betterla kami beransur balik ke bilik. Bagi dia rehat & tidur. Kami pun nak pack beg sebab esok dah nak ke Kota Kinabalu pulak.

Sebenarnya hari ni anniversary aku, malam kita orang makan special sikit. Steamboat dekat Pine Resort. Kena book awal sebab meja selalu penuh.

IMG_3010
IMG_2962
Me, him & Mount Kinabalu….Happy Anniversary…

Saturday, January 4, 2014

Sabah #3 : Pemandangan Indah Gunung Kinabalu

Orang kata kalau nak tengok Gunung Kinabalu kena bangun pukul 5pagi. Burn kejutkan aku Subuh tu then dia kata dekat luar dah terang nampak dah. Bila aku pergi apsal aku nampak gelap gelita. Adakah Dia tak bagi aku tengok? Lama aku menung apsal gelap ni. Sudahnya aku pasrah. Sambung tidur balikla.
6.30 pagi aku intai lagi. Hmmm kabus je penuh. Ke memang lambat matahari ni kuar?
DSC_0350DSC_0351
Lepas tu aku intai lagi…
DSC_0355
Wah dah macam nampak sikit. Excited aku dok amik gambar masa ni sebab aku ingat ini aje yg aku akan nampak sebelum kabus selimut balik Gunung Kinabalu ni.
DSC_0355
Masa ni aku cakap dalam hati Terima Kasih Ya Allah walau sedikit yang aku dapat lihat namun nikmatnya hanya Dia saja yang tahu.
Lepas tu fajar mula menyinsing….
DSC_0356
Time ni aku dah terkesima….sungguh indah ciptaanNya.
DSC_0357
Aku dah puas hati walau dapat tengok fajar di Gunung Kinabalu. Aku snap gambar sikit-sikit lagi then aku masuk dalam bilik.
DSC_0359DSC_0360
Pukul 8 pagi aku keluar balik sebab ingat nak lepak depan bilik sambil plan mana nak pergi hari ini…..lihatlah apa yang menanti aku….


DSC_0362
DSC_0363DSC_0366DSC_0368DSC_0370DSC_0373DSC_0376
Aku dah tergamam sorang-sorang depan veranda tu. Syukur Ya Allah kau kurniakan nikmat tak terhingga ini.




Thursday, January 2, 2014

Sabah #2

Kinabalu Pine Resort
Malam pertama kami tidur di Block K dan malam kedua pindah ke block N. Kedua-duanya ada perbezaan dari segi harga, view dan privacy.
Block K betul-betul terletak depan reception & restoran. Memang happening la orang lalu lalang dan malam christmas dia orang siap menyanyi depan restoran. Lepak malam-malam sesorang depan beranda pun tak sunyi dan takut. Ada guard betul-betul depan restoran.
Block N pulak further up dekat puncak. Harga mahal sikit tapi aku lagi suka view block K. Lepas dah naik block N tu baru sedar yang block P & R tu lagi best sebab view dia direct Mt Kinabalu.  Area ni memang santai habisla. Cozy and peaceful kecuali ada keluarga2 yang suka buat kecoh and jenis cakap jerit-jerit.  Masa dekat block K ada gak jenis tak reti bahasa selamba je naik deck orang. Lepas tu bising-bising depan deck tak tahu anak-anak orang dok tengah tidur dalam bilik. Kekadang dia org ni memang jenis x reti nak respect pun ada.
IMG_3008

IMG_0811
Block K : Parking bawah if kereta kancil muatla kot. Kami park designated area hujung block K ni.
DSC_0332
Memang penuh bunga-bunga yang cantik dalam resort ni and nak tahu kenapa takde orang gatal tangan nak petik? Ada signboard jangan memetik bunga kerana kami telah menyembur racun kepada bunga.
DSC_0333Deck ni khas untuk orang-orang bergambar dengan Gunung Kinabalu. Time ni memang Kinabalu diliputi kabus. Yang nampak cuma rumah-rumah di kaki gunung tu je.
DSC_0334DSC_0335Kereta sewa kami di tempat parking khas. 
IMG_2927DSC_0336
DSC_0338IMG_2930
View kami di Block K.
IMG_2935


IMG_2936
Dalam restoran malam pertama kami dinner. Kami pilih ala-carte. Kekadang resort ada bagi dinner and breakfast sekali tapi kami tak dapat pun. Kalau sesiapa nak pergi sila tanya masa booking tu. Mana tahu dia orang bagi.
IMG_2941
View bilik kami dari restoran. Ni Block K…malam pertama kami tidur sini je.
IMG_0807
Menu di The Pines restoran.


DSC_0421
Hari kedua kami dah pindah bilik ke block N. Sebelah bilik kami ada depan untuk function dan hujung depan ada rabbit house. Suka Irees dapat main dengan rabbit. Sampai dah pergi KK dia tanya rabbit tu ok tak. Risau rabbit takde orang jaga kot.
DSC_0423DSC_0425DSC_0428Block N. Sunyi dan terasing sikit.
DSC_0431IMG_2964Breakfast provided tapi memang sempoi habis. Tapi kobis goreng tepung tu memang sedap. Aku cicah dengan sambal steamboat yang ada atas meja. Nak bagi makanan lebih perisa kenalah pandai-pandai improvise kan.
IMG_2975IMG_2977IMG_3010
IMG_3011
Malam kedua kami ambil steamboat set. Min 2pax. RM35 untuk 1 pax. Jenuh gak nak habiskan. Yang aku perasan orang sini kuat makan cuka. Sentiasa ada cuka atas meja. Apakah rahsianya? Tak sempat nak tanya dengan local. Next time aku tanya. Mana Kinabalunya? tunggu..........