Oh The Place I've Been

Sunday, September 22, 2013

Shopping @ Singapore

shopping di Singapore dalam masa sehari? Fly pagi dan fly back malam?
Kerja gila……

Hahaha itulah jawapan orang bila kami pergi sehari je. Ini trip untuk shopping saja. Even makan pun ala-ala kadar. Memang balik KL kebulur dalam flight tapi inilah yang buat trip ni fun n gila.
Ini kali pertama ke Singapore,  selalu jalan-jalan sekitar Malaysia saja. Insyallah lepas ni kami perlahan-lahan, plan dan menabung untuk mulakan perjalanan kami di luar Malaysia….someday insyallah.

Flight kami pukul 8 pagi, menaiki Jetstar (penerbangan murah yang berasal dari Australia, lebih kurang sama macam Air Asia dan kalau tidak berhati-hati memang kena charge macam-macam.) Tapi yang seronoknya kami fly dari KLIA.


IMG_8992

IMG_8993
IMG_8996
Sampai Changi Airport kami terus breakfast dekat Starbuck. Alas perut sebelum memulakan seisi shopping di Orchard Road nanti. Masa kami pergi currency tengah tinggi dalam 2.5 so amatlah rugi terasa tapi time ni saja kami free untuk ke sini.
IMG_8998
Oleh kerana trip kami cuma sehari, sebaik mungkin kami cuba nak jimatkan masa. Kami terus naik teksi ke Orchard Road. Tambang kami ke sana sewaktu pergi ialah $20 dah $28 untuk pulang semula ke airport.
IMG_9003
IMG_9004
Destinasi kami ialah Takashimaya, kedai belum buka tapi kami dah sampai. Hehe
Laduree.
Dekat sini ada Laduree, the famous London macaroon. Salted caramel dia memang mengancam. Macaroon ni memang agak mahal tapi amat berbaloi untuk mencuba. Jangan lupa pilih box2 yang menarik. Pelbagai pilih box dan perisa ada di sini.
IMG_9055

Ice-cream
SGD1 untuk Ice Cream burger & waffle. Dah penat-penat jalan & shopping boleh berhenti rehat sambil makan ice cream. Kami makan sambil berjalan ke H&M. Sebenarnya amat susah untuk kami makan masa dekat area ni, kebanyakan pekerja cuti dan mereka melepak di setiap hawker centre dan fast food. Memang kami alas perut dengan roti dan air sambil berdiri. Kental sungguh semangat shopping kami.
IMG_9031


IMG_9033
Longchamp – dekat Singapore memang murah dah pelbagai pilihan berbanding di Malaysia. Kalau ada rezeki lebih beli LC di sini ya wahai penggemar LC.IMG_9017IMG_9023-001IMG_9029-001IMG_9030-001IMG_9034-001IMG_9035-001
Gucci/Chanel/Celine/LV – kedai-kedai ni memang penuh dengan orang. Masuk dan ambil feel beg-beg exclusive ni. Harga mahal dari Malaysia. But banyak pilihan.
H&M – better lagi Malaysia punya cawangan dengan pelbagai pilihan dan harga lebih murah
Mark & spencer – harga lebih mahal dari Malaysia.
Perfume – beli dekat airport je. Memang amat murah. Berbaloi sangat beli.
Next time kalau aku nak shopping perfume atau beg Longchamp aku hanya perlu ke Changi airport saja sebab dah murah sangat di sini. Ada baca dalam blog, perfume murah di Mustapa. Lain kali la melawat.

Jetstar- selesa dan murah. Sama macam AA kena tambah duit untuk luggage dan tempat duduk. Tapi yang best sebab dia fly dari KLIA dan tambang masa kami booking lebih murah dari AA tawarkan.