Oh The Place I've Been

Tuesday, July 26, 2011

Kembara Terengganu 6-Pasar Payang

Pasar Payang terletak di Sungai Terengganu berhampiran Jeti Shabandar. Pasar ini dibahagikan kepada dua tingkat di mana bahagian bawah terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas pula terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan tradisional dan cenderahati. Tingkat 2 juga terletaknya gerai-gerai untuk anda menghauskan tekak. Pasar ni tak ada air cond. Standby kipas sendiri ye. Nasib baik kami memang bawa kipas bateri dan kipas kertas dalam beg. Itupun berpeluh-peluh juga. Bayangkan orang yang berniaga dalam tu? Jika anda mencari kelengkapan tradisional semuanya ada di sini. Seorang jiran kami di KL memberitahu mereka membeli kelengkapan perkahwinan di Pasar Payang kerana harganya yang murah dan berkualiti. 
Gambar-gambar di tingkat bawah :-
telur
Telur penyu, ingat ke tak dibenarkan jual rupanya masih boleh. Kesian penyu :(
cili
Cili kering terbesar yang pernah aku nampak. Sorry gambar blur tangan sebelah je pegang camera sebelah model cili
  DSC_6191 copy
Permandangan di bahagian bawah pasar – kuih muih dan bahan basah.
jual
pasarcute
Betapa cute sign ni. Maka secara automatik kami menaiki tangga dengan penuh sopan santun.

 penyu
Antara cenderahati yang terdapat di tingkat 2. Rasa nak beli je semua penyu ni sebab cam kesian. Sedih muka memasing. Dekat tingkat 2 dah tak banyak ambil gambar sebab dah sibuk shopping. Antara kedai yang menjadi kegemaran dan if korang ke sana cuba kedai HL12 – bakul-bakul untuk hamper RM20 HL16- bakul mengkuang dianyam menjadi beg. Kami guna untuk letak magazine. RM50
Selain itu buah tangan untuk family:- baju tidur, keropok (ambil yang paling mahal sebab memang sedap rasa ikan) dress untuk anak2 dan mak anak…hehe

No comments:

Post a Comment