Oh The Place I've Been

Saturday, November 2, 2013

melbourne australia #5 WILLIAMSTOWN

IMG_0741
Jom merayap ke Williamstown. 8km dari Melbourne CBD. Williamstown ni suburn area.
Memang sampai sini nampak ramai local dok berjalan-jalan dengan family. Berehat dan lunch.
Marina jemput then kami ke Williamstown naik kereta dan dalam 15 minit melalui freeway kami sampai ke destinasi. Boleh gak naik train dari Flinders St, 30 minit perjalanan.

Gambar-gambar bawah di masa dalam kereta nak ke Williamstown. Ini area Melbourne CBD.

IMG_7415IMG_7424IMG_7425

Kita dah sampai. Sampai sini memang rasa old city dan area pun memang relex dan tenang. Tak sesibuk Melbourne CBD. Cuaca pun cantik hari ni dan bangunan-bangunan lama memang cantik dan tak puas mata memandang. Banyak juga rumah-rumah lama yang bermacam design yg kita dok tengok dalam tv. Berbeza sungguh bila dapat tengok live. Teruja sungguh.
IMG_7429
Nampak tak seberang sana? That is Melbourne CBD
IMG_7426IMG_7428
IMG_7432
Terjumpa Titanic pulak dekat sini....U jump I jump .....
Ini restaurant tau dan rasanya buka malam kot.
IMG_7441
Bestnya even dapat berdiri di sini. Hirup udara di bumi asing, melihat cara hidup dan
budaya yang berbeza. 
IMG_7449
Deretan kedai dan restaurant.
IMG_7431IMG_7434IMG_7442IMG_7444IMG_7447IMG_7448IMG_7450IMG_7454I
Williamstown Lighthouse/Timeball Tower
IMG_7455IMG_7453
During summer, nak nampak pasir pun susah sebab penuh dengan orang.
IMG_7460
Lepas dah puas jalan-jalan sekitar Williamstown dan amik gambar kami lunch dekat one of the fish and chip restaurant nearby. Dah kenyang cuaca pun macam dah nak hujan, moh le kita balik.

Gambar-gambar masa nak balik ke bilik.

IMG_7462
IMG_7463

Balik bilik dan rehat lepas tu jalan-jalan cari makan dekat CBD. Konon nak cari thermos sampai habis semua 7/11 dan Coles masuk tapi takdela pulak. Bila nak semua takde jual bila x nak bersepah-sepah depan mata.

IMG_9745
Singgah beli fries.
IMG_9744

(repeated post hehe) Untuk kemudahan data dan phone call, memang 100% recommended amik Optus punya. Ambil yang paling minimun sebab kalau handphone dah ada app automatic unlimited data. Even phone call aku buat ke Malaysia takde tolak pun credit. Pelik makcik but itulah hakikatnya. Senang je cari Optus (tapi jangan beli dkt airport sebab pakej dia bagi start with aud60 so baik g optus lain) then kata nak optus prepaid social macam bawah ni.
IMG_0482IMG_7464
Selesai perjalanan hari ni....Aku dah mula rindu dekat anak-anak. Sebak sebab tak dapat melihat keindahan bumi kangaroo bersama mereka. Insyallah someday we will come together...four of us.

Hari ni memang membuka mata dan minda  melihat betapa penduduk sini memang mementingkan work life balance dan quality time with family. Di KL life amat busy dan terkejar sana sini. Kenapa? aku masih tidak paham kerana aku juga sebahagiannya.... tapi yang pasti setiap hari aku akan cepat-cepat buat kerja agar dapat balik on time. Tiada istilah overtime  kerana tidak sanggup memandang muka anak-anak yang sedih menanti kami pulang. Pengorbanan mereka amat hargai dan nanti bila  dah tua aku pulak  asik menanti kepulangan mereka....sebak rasa. Mereka tidak selucky aku, masa kecik mak yang jaga dekat rumah.

..........aku sudahkan post ini dengan hati berdinding kaca......sob sob (homesick)






No comments:

Post a Comment