Oh The Place I've Been

Sunday, July 24, 2011

Kembara Terengganu 4

Hari terakhir di Gem Resort, Batu Rakit. Pagi ni kami breakfast dah tiada buffet, semuanya ala-carte. Kami bercuti wet season, orang lebih gemar ke Utara. Tapi cuaca tidakla seteruk mana dan hujan tidakla selebat disangka. Sarapan anak-anak pagi ni RM36 dengan hidangan yang simple, tidak seperti dijanjikan RM10 untuk kanak-kanak. Kami malas nak bising-bising, lantas bayar dan berlalu. Bila bercuti benda-benda macam ni jika dilayan akan mengganggu mood sendiri. Mungkin silap kami juga tak double check dengan cafe. Kalau tahu baik makan di gerai tepi jalan. Tapi tak mengapa, percutian harus diteruskan.
DSC_6080
Lepas sarapan , segarkan badan di tepi laut. Lihatla ombak….angin bertiup membelai wajah…terasa seperti terapi minda. Udara yang segar…amat menyamankan. Kalau boleh hari-hari nak udara macam ni. D’dy jom pindah Terengganu…
DSC_6093
   DSC_6108 copy
Check out dengan jumlah bil RM370. Sebelum ke Kuala Terengganu, kami singgah sebentar di Kantin Utusan untuk makan tenghari. Malangnya kali ini nasi kuning dah habis. Nasi campur + lauk pauk pelbagai jenis + air untuk 5 orang = RM22.00.  Terus memandu untuk check in Grand Continental, Kuala Terengganu pula. Di sini kami akan tidur selama 2 malam. Hotel ni lebih selesa. 1 queen, 1 single dan baby crib. Queen bed macam king, sungguh besar dan selesa. Lepas selesai check in, kami keluar ke kawasan Pasar Payang.

DSC_6120 copy
Sebelum sampai ke Pasar Payang, kami singgah sebentar di Bukit Puteri. Bukit Puteri mempunyai sejarah dan ceritanya sendiri dan kedudukannya mengadap Sungai Terengganu. Kami singgah di Pusat Penerangan Pelancongan, saja nak tengok informasi dah tempat-tempat yang mungkin boleh kami lawat. Kami diberi penerangan serba sedikit kemudian dibekalkan buku panduan sebelum pulang. Saya suka :D
DSC_6125 copykt
Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, betul-betul berhadapan Pusat Penerangan Pelancongan. Kami tinggalkan kereta di sini saja dan berjalan hingga ke Pasar Payang. Dengan berjalan kami dapat melihat tempat-tempat di sini dengan lebih dekat. Cuaca di sini amat panas dan terik. Pakai topi jika perlu. My kids sorang selubung dengan shawl, sorang pakai topi dan sorang lagi tak nak pakai apa-apa sebab dia dah biasa main panas.
parking
DSC_6136 copy
Bazaar Warisan, rasanya ini bakal menjadi Pasar Payang versi moden dan lebih selesa. Tapi banyak kedai yang masih belum buka. Kami singgah di kedai yang semuanya menjual songket dan batik Terengganu. Kami teruskan perjalanan dan terus masuk ke Pasar Payang. Inilah pertama kali kami semua menjejakkan kaki ke Pasar Payang. Pada mulanya agak pelik dan rimas kerana lorong-lorong yang sempit dan panas. Selepas beberapa ketika kami sudah boleh menyesuaikan diri. Hari ni tak plan untuk shopping cuma jalan-jalan cuci mata.
pasar payang

Bangunan utama Bazaar Warisan.
kuih pau
Singgah sebentar beli pau. Buat minum petang. Pau Ayam cuma 90sen. Mana nak cari dekat KL ni.
pulau duyung
Pulau Duyung , tempat pakar pembuat boat seperti Abdullah bin Muda.
hot sunny day
Terik cuaca sampai masam muka Irees. Kakak masih tersenyum…
DSC_6123 copy
Dah panas-panas kami basahkan tekak di Restoran Terapung. Depannya terpampang harga murah bla bla bla…order air untuk 4 orang je RM18. Confuse sekejap…ini termasuk harga sewa kerusi meja ke? Adoila..agak-agakla kalau nak pow tourist pun. Lepas minum petang dengan hati yang sedikit je sakit (hehe) tak guna marah-marah rosakkan jiwa je. Kami ke Seberang Takir dan singgah beli keropok lekor. Kali pertama dulu kami lalu saja dan tak singgah, tapi perasan kenapa banyak kereta. Rupanya dia jual keropok. Kami beli sikit untuk rasa …mak aii shedap! nyum2. Jika sesiapa ke Kuala Terengganu jangan lupa singgah keropok di Seberang Takir. Kami beli sikit sebab nak makan Ikan Celup Tepung aka ICT di sebelah airport. Terliur teringat ICT. Lepas dah kenyang makan, balik bilik. Dinner tapau makan dlm bilik saja sebab masing-masing dah keletihan. Sebelah malam bila Mama busy upload gambar adala seorang assistant kenit suka membantu…
   DSC_6145 copy

No comments:

Post a Comment