Oh The Place I've Been

Tuesday, July 19, 2011

Kembara Terengganu 2

7.30pagi kami keluar dari rumah dan bersarapan di port biasa Kedai Nasi Lemak Man,Pusat Komuniti Cheras. Nanti bila-bila free boleh buat post pasal Nasi Lemak Man. Selesai sarapan pergi pickup Abang di Gombak dan pukul 9pagi kami memasuki tol Gombak. RM5 untuk tol. Cuaca gerimis dan kanak-kanak masih cergas bermain dalam kereta.
 DSC00783
Bukan sekadar sunscreen tapi blanket pun letak tepi adik untuk elak terik mentari, tapi perjalanan tidakla sepanas mana hari tu. Relex n cozy sepanjang perjalanan. Sesekali gerimis dan hujan renyai.Yang tak nampak dalam gambar ni Spongebob yang sentiasa diusung. Time ni dia gila Spongebob. Bantal dan mainan sekeliling dia….senang dia nak main.

9.35pagi -sampai tol Bentong (RM3), adik dah tidur. Kakak & Abang layan diri main game n baca buku.
9.45pagi – tol Karak (ambil tiket je)
10.33pagi – R&R Temerloh. Singgah sebentar di Shell untuk beli jajan. Masa nak bayar segala makanan-makanan yang kurang berkhasiat tu, cashier tu cakap “Kak, hari ni plastik beg cuti”. Terkebil-kebil aku…nak gelak ke nak jawab apa ni.
Sepanjang perjanan hujan, Dd dah keletihan memandu…my turn la pulak. Budak-budak semua tidur. Okla layan diri memandu….
12.07 noon exit Jabor (RM21).
12.20 lalu Cherating, kali ini tak singgah pun Nasi Ayam Rempah yang selalu kami singgah setiap kali ke Pantai Timur.
Hampir pukul 1, singgah di Chukai untuk makan tengahari. Tanya je orang-orang yang agak friendly mana nak makan then dia terus tunjuk kedai nasi campur. Exact location dah lupa. But nasi dia biasa saja cuma banyakla lauknya. Nothing to shoutla….Budak-budak ni asalkan ada ayam goreng dia org dah happy. Kakak & Abang kusyuk makan..lapar la dahla hujan tadi..
DSC_5863
Hampir 2 petang dan kami sambung perjalanan. Dari Chukai ke Kuala Terengganu banyak betul traffic light. Singgah sebentar di Kijal untuk beli lemang. Pening kepala nak pilih kedai mana.Kemudian rahsia bukan lagi rahsia…haha Nak tahu????
Ida : Makcik, rendang tak ada ke?
Makcik: Hari ni orang buat rendang cuti.
Ida : Takpela bungkus jela lemang ni, saya nak cari rendang kedai sebelah.
Makcik : sebelah pun tak ada, sebab sorang je buat rendang dia hantar semua kedai…
Ida : ler….
so kesimpulannya aku buat sendirila yang semua lemang ni pun orang sama yang buat. Dia orang ni cuma bakar je. Kiranya same supplier……franchise la ni.
Lemang yang aku beli tu keras la, mungkin dah panaskan banyak kali. Takpela tak ada rezeki.
 Lemang @ Kijal
DSC_5866
Pukul 4 petang kami sampai Kuala Terengganu then melilau cari signboard and peta untuk ke Gem Beach Resort yang terletak di Seberang Takir. 2 jam kemudian baru kami sampai…sesat barat if biar Dd ni ikut je stering tu….sabar jela. Kalau kita org masuk Amazing Race sure kalah awal-awal.
DSC_5870
Budak-budak yang kegirangan dan tak sabar-sabar nak terjun kolam. Sabarla anak-anak bilik pun kita belum masuk lagi. Lepas masuk bilik, rasa sesak semacam kami minta tukar. Depan laut bilik dikosongkan sebab ombak kuat dan air masuk dalam bilik. So ambilla sipi-sipi view laut…jadilah. Lepas settle kami terjun la ke kolam…..
 DSC_5876
Best gila sebab tak ada orang ramai dan cuaca amatlah menyegarkan. Miss the fresh air while typing this….huhu
Review pasal Gem Beach kita buat later ek….ada special entry ni.
Malam tu kami dinner depan Gem ni je…dah tak larat.

No comments:

Post a Comment