Oh The Place I've Been

Tuesday, June 11, 2013

Explorasi ke Selatan Part 3 : Pariss Hotel

 

Pariss Hotel

Kami bertolak dari Mersing pukul 5 petang dengan hanya beralaskan burger sebab tidak mahu membuang masa kerana hari hampir malam. Isi minyak di Shell Mersing dan melalui Jalan Jemaluang dan Kota Tinggi untuk ke Johor Bahru.  Destinasi kami ialah Pariss Hotel yang terletak di Nusa Bestari, Skudai. Kami memilih hotel ini kerana review yang kami jumpa dalam majalah Leisure Travel kerana ia berhampiran Legoland. Memang agak sukar untuk mencari hotel ini kerana kami tidak biasa dengan area Johor . Berpandukan google maps, waze dan foursquare beberapa kali juga kami perlu membuat pusingan balik. Akhirnya saya menelefon hotel dan staff hotel sangat membantu dan sabar memberi arah jalan.  Kami tiba di hotel pukul 8.30 malam.  Untuk 2 malam kami ambil bilik Family Jumbo dengan harga hampir RM450. 

IMG_8655IMG_8656

Katil super king.

IMG_8660

Flat screen TV, siaran yang memadai.

 

IMG_8700

Dalam banyak-banyak hotel dan resort yang saya dah pergi, Pariss mempunyai laci yang sangat comel untuk menyimpan peralatan diri. Idea yang bagus untuk ruang yang kecil dan nampak elegen.

IMG_8709

Sarapan disediakan oleh pihak hotel, nothing fancy just simple breakfast untuk alas perut. Plate

IMG_8710IMG_8711IMG_8717

Ruang lobi.

No comments:

Post a Comment