Oh The Place I've Been

Sunday, June 9, 2013

Explorasi ke Selatan Part 2 : Tioman


Berjaya Beach Resort, Tioman.
Seawal pukul 3 pagi kami checkout dari resort. Perjalanan dari Air Papan ke Jeti Mersing cuma dalam 10-15 minit bergantung kepada kelajuan anda.  Kami tiba di bangunan yang kami sangkakan Jeti dan mencari kaunter 8 seperti yang diarahkan oleh syarikat Blue Water Express rupanya kami tersalah tempat. Nasib baik Jeti Mersing cuma bersebelahan bangunan tersebut kalau tidak pasti kami akan kelam kabut.  
Tips : Memandangkan cuti sekolah dan ramai pengunjung adalah disarankan untuk anda membeli tiket and membuat bayaran awal untuk mengelakkan dari tiket habis dijual terutama di waktu puncak (siang) ataupun naik dari Tg Gemuk.

Si Adik yang dah terjaga dan tak mahu tidur. Saya kagum dengan anak saya kerana perjalanan kali ini agak "tough" buat mereka. 

Jam hampir 5 pagi dan kami ialah orang pertama yang menaiki bot. Beg diletakkan betul-betul di hadapan kami dan besi railing itulah buat saya melunjur kaki sambil meriba adik yang kembali tidur. Air laut agak bergelora dan saya agak pening-pening lalat. Nasib baik adik dan kakak bertahan dan tak muntah. Dalam bot free seating. 
Tips : Jangan duduk bahagian depan dan bawah sekali nanti cepat pening. 
Kesian beg kami kena himpap.
Perhentian kami ialah Kg Tekek, perhentian yang ketiga. Sebaik tiba udara segar menerpa ke muka dan kedamaian memang jelas di sini. 
Adik dengan beg pink yang penuh dengan anak patung dia. Dia nak juga carry beg macam orang lain.  Nasib baik fluffy toys dan tak berat.




View dari jambatan selepas keluar dari departure hall.
Sesampainya kami di Jeti, laungan "Berjaya" dari seberang jalan dan rupanya tram memang sedia menunggu. Kami sampai awal di Berjaya dan bilik masih belum siap. Siapa yang bernasib baik dan ada bilik kosong pihak Berjaya akan masukkan mereka terus. Kami pergi breakfast di coffee house dia iaitu Sri Nelayan. Bayar sendiri bukan resort support huhu. Tapi pihak resort ada menyediakan complimentary drinks. 
Jalan kaki ke Restoran Sri Nelayan
Sebenarnya kawasan Berjaya ni memang luas, letih nak berjalan. Tapi mereka sediakan pengangkutan untuk ke bilik, lobi, jetty dan diving area.

Tepat pukul 12 kami dapat bilik, agak jauh dari lobi tapi dekat dengan pintu masuk Berjaya maknanya senang kami nak pergi kedai makan. Van hantar kami ke bilik. Masuk saja ke dalam bilik....wah....besarnya bilik. Bestnya. Cuba tengok...
Storage area memang besar, Semua kelengkapan complete. Satu set sofa serta coffee table.



Balkoni untuk lepak dan anak-anak bermain. (Atau jemur baju basah :P) 
Gambar-gambar sekitar resort.

Deluxe Chalet Beach Front

If dapat bilik paling depan tu mesti malam-malam lena dengan alunan ombak. 

View senja dari Chalet kami. Depan tu ada Star Cruise dua biji. 

Makan
Bab makan jangan risau kalau tak ada budget besar untuk makan di Berjaya, berhadapan pintu masuk terdapat sebuah restoran untuk kemudahan anda. Tengahari kami cuma tapau dah makan di chalet. Harga agak berpatutan walaupun di pulau. Kedai Delima Tomyam menyediakan sarapan pagi, lunch dan dinner. 

Nak lagi senang call no dalam gambar ni dah order sebelum datang. Tapi untuk bbq better pergi dan pilih sendiri seafood yang ada. 




Malam pertama saya makan udang bbq. Mula-mula Nazri (saya dengar orang panggil nama beliau)  tak nak layan saya walaupun lama saya berdiri untuk pilih ikan. Dia busy dok layan sorang mat salleh ni yang baru datang, lalu saya bergurau padanya "you tak nak layan I ke? Lama I tunggu dkt sini orang kemudian gak u layan." sambil senyum dia pun malu-malu dan layan saya. Memang malam tu ramai orang di kedai dan staff pun tak cukup. Saya paham dan sikit pun tak marah cuma saya saja bergurau.  Baca review dalam foursquare di sini Delima Tomyam
Kalau datang pulau tak makan seafood tak sahla. Memang segar dan malam berikutnya pun saya makan udang yang sama tapi Hubby tambah ikan bakar. Yummy yummy! Lagi satu menu yang saya recommend ialah sotong goreng tepung cicah dengan kuah salsa. Kecur air liur bila bercerita dan rasa mahu terbang ke sana. 

BBQ Prawn + Butter Sauce + Salsa dip....Amazing!
Malam kedua saya order scallop tapi sizenya terlalu kecil dan overcooked. Keras bila masuk mulut. Jadilah sebab saya nak merasa.

Jom layan gambar sikit :
Breakfast kami termasuk pakej, okla the selection banyak juga. 





Game room, tak sempat masuk sebab bila kami di sini bilik ni belum buka. Open 10am onwards. Jauh dari  bilik kami.

RM10/adult Pusing Rengis Island. Kami dapat snorkeling free tapi semua tak nak dan saya malas nak snorkeling sorang2.


Pusing pulau buat saya pening. 

Kepenatan dari pusing pulau dan jalan kaki tengah panas kami tidur je selepas tu...hehehe 

Jangan lupa pack sunblock, aftersun dan beach sandle. Beli selipar jepun murah je...

Sunset

Masa untuk pulang, sumpah memang x cukup 3 hari 2 malam. Tengah tunggu van untuk pick up ke lobi, 
 Memang saya tak ke mana-mana. Lepak resort membadak je...heheh betul2 holiday. Next time kena datang lagi but longer stay la. Nak g Taman Laut, Duty Free dan pusing pulau.


Balik naik bas ke Jeti. Bas by Berjaya. Best lagi naik tramp. 


Ramai betul orang dan lambat betul bot nak bergerak.
Masa check out dari Berjaya saya sempat complaint tak dapat fruit basket.

Perjalanan balik ke Mersing memang agak mencabar. Bot besar orang ramai. Saya dan adik terpaksa lari dulu untuk dapatkan seat yg selesa. Hubby dan kakak menyusul kemudian. Laju betul adik lari kesian dia. Kami duduk ruang atas sekali.
Bot kami bila nak sampai Mersing tak boleh masuk sebab air surut. 1 jam duduk dlm bot. Nasib baiklah kami jenis x kisah. Adik pun lena tidur.

Sampai Mersing tepat pukul 4 petang dan masing-masing dah lapar. Nasib baik ada kedai burger dekat jeti. Order burger dan makan dalam kereta dan kami off ke Johor Bahru.

Kita sambung kemudian cerita di JB...

Terima kasih kerana sudi membaca, datangla lagi ye.....  :)

No comments:

Post a Comment