Oh The Place I've Been

Sunday, October 20, 2013

Melbourne, Australia #3 City Walking & St Kilda

Lepas dah puas shopping kami ke St Kilda pula. Perjalanan dalam 15minit saja dari CBD. Cuba tengok gambar-gambar sepanjang perjalanan ke St Kilda. Kami menaiki van Marina. Trip kali ni tak payah fikir pasal transport.(untungla....)

On the way to St Kilda....

IMG_7347
Polis dia orang memang peramah. Cute kan? 

IMG_7349

IMG_7351

IMG_7355

IMG_7369
Juddy! Sapa yang tengok football tahula sapa depa ni....


IMG_7371
Dah sampai St Kilda, ketika ini cuaca mendung dan mahu hujan. Marina kata di Melbourne kita boleh experience 4 cuaca dalam satu hari.

IMG_7372
Aku memang dalam kesejukan habis muka pun kena selubung. Nasib baik dah siap beli gloves di KL. 




IMG_7383
The Pier, St Kilda. Original building dah terbakar dan mereka bina semula sebab The Pier ini amat istimewa bagi penduduk St Kilda Jangan lupa masuk ke dalam ini untuk menikmati secawan koko panas......
IMG_7380

IMG_7384

IMG_7390
Hot Choco di cuaca sejuk dan dingin adalah nikmat yg tidak terhingga. 



IMG_7397
Cepat lari sebelum hujan....
IMG_7396
Me, Marina dan beautiful The Pier

IMG_7401


IMG_7405
Feri untuk ke Tasmania, 8 jam perjalanan.

IMG_7410
Ada juga tramp untuk restaurant sahaja. Boleh menjamu selera dalam tramp. 

IMG_3442
First time jumpa pelbagai jenis credit di jual.

IMG_0406
 Sekolah Luc (anak Marina), sekolah ini juga mendidik Gotye yang famous dengan lagu somebody I used to know.....

Sempat gak Marina bawa balik rumah dia then lepak n say hi dengan husband and anak dia.  Sepanjang perjalanan nak ke rumah dia dok terpikir dalam hati takde orang ke dalam rumah-rumah ni sebab gelap. Rupanya dia org jenis living dekat tengah depan tu cuma area laundry ataupun bilik. Dah dia orang bukan jenis dok pasang lampu terang benderang macam kita ni. Malam-malam memang romantik rumah dia orang.  

Sebelum Marina hantar balik ke Ibis, dia sempat singgah pasaraya dkt rumah dia beli bekalan untuk tour esok. Dia kata Mel pepagi tak banyak kedai buka lagi so makan roti dan minum susu. Dalam bilik kami ada peti ais. Bolehla simpan. 

Day 1 is over. Seronok gila akhirnya dapat gak jumpa Marina.......horey!


Stay tune for next chapter.............  esok kita org g mana?......

Saturday, October 19, 2013

Melbourne, Australia #2 Victoria Market

 Meh aku nak kongsi gambar-gambar yang di ambil di Melbourne CBD, kebanyakan gambar ini diambil oleh Marina.

IMG_0480

Typo : kedai kegemaran aku di Kuala Lumpur dan aku bernasib baik kerana Typo Melbourne berhadapan dengan hostel kami duduk. Barang-barang memang baru dan belum sampai lagi di Malaysia. Seronok juga berborak dengan pekerja Typo. Peramah dan helpful.


Saya dan Marina.IMG_7312IMG_7320

Keluar masuk kedai survey harga kemudian kami ke Queen Victoria Market. Melbourne City tidak sebesar mana dan jangan risau kalau ada map di tangan anda tidak akan sesat. Satu lagi tips if nak pakai international roaming amatlah mahal, beli data plan di optus saja. Sampai balik credit masih ada.. beli aud20 dah mencukupi kerana jika menggunakan app yg sedia ada dalam handphone tiada bayaran data dikenakan melainkan google. Aku telefon Kuala Lumpur punyalah lama pun credit masih belum luak. So aku sarankan sangat ambil pakej Optus ni. Jika menetap di Ibis Budget Melbourne, Optus ni hanya di seberang jalan. Jangan beli di airport ye sebab amat mahal.


Harga barang di kedai sekitar CBD. Tapi di Victoria Market dapat sehelai T AUD5.
IMG_0368IMG_0369
Antara barang-barang di dalam Queen Victoria Market atau dikenali sebagai Vic Market.
IMG_0380
Kata orang UGG boots di sini bukan original. 
IMG_0381
Cuci mata je.
IMG_0379
Sapa nak buckle belt?

IMG_0382
Comel-comel dresses kanak-kanak di sini dah pelbagai warna dan tema

Masa kawan-kawan lain sibuk shopping lagi kami sempat pergi minum hot choco di cafe di bahagian market. Cafe ni dalam bangunan yang ada jual bahan-bahan basah. Ada juga food court di dalam tu. Tapi tiada yang halal.



Panaskan telinga sekejap.
 Gambar bawah ni la jalan menghala ke Market Place, nampak kan ramai orang makan dekat luar tu? Itulah food court Vic Market.

Gila shopping? 

Bersama rakan-rakan yg pergi bersama. 

Art!

Pistol anyone?


Fresh fruit memang murah. 

Aku beli fridge magnet 7 AUD10 dan t-shirt AUD5. Sedikit gloves dan snow cap. Harga lagi murah dari Kuala Lumpur tapi winter wear kena pandai negotiate kalau tidak memang kena mahal. 

Lepas dah puas shopping kami ke St Kilda pula....kita sambung di bahagian 3.....jangan marah ye,,,dah ngantuk (cerita dah hampir 2 bulan yg lalu).....


Melbourne Australia #1 Tullamarine Airport & CBD


Terkabul juga hasrat untuk berjumpa sahabatdi Australia. Agak berbelah bagi untuk pergi mengembara di bumi kangaroo ini pada mulanya. Ini perjalanan solo bersama kawan2 dan perjalanan paling jauh sepanjang hidup. Agak kiasu pada mulanya mampukan aku harungi berjauhan dengan anak-anak? Tabahkan hati untuk menjadi pengembara di negara orang. Ini dream aku maka harus tabahkan hati untuk berjauhan sementara waktu.

Aku menaiki ERL untuk ke KLIA. Malangnya Tasik Selatan masih belum habis renovate lagi dah agak sukar untuk membawa beg yg besar. Rupanya ada jalan baru untuk terus ke ERL ini tapi sayang tidak pasti di mana jalannya. Ramai penumpang lain berhenti di belakang ERL untuk terus menaiki train. Hmmm lain kali kena survey betul-betul kalau nak naik erl lagi.
IMG_0336
Kami menaiki MAS jam 10malam. Tambang seorang RM1980.00. Perjalanan ialah selama 8 jam.Flight penuh so tak bolehla nak baring-baring ye Smile

IMG_0339-001
Kepada yang tak biasa jangan risau tak perlu bawak selimut sendiri sebab pihak MAS ada menyediakan selimut dan bantal. Makan pun tak putus-putus sampai. Movies pun sampai tak larat tengok. If lapar atau haus tanyalah pramugari/pramugara jika masih ada meal. Jangan lupa ambil kacang lebih sikit untuk hilangkan bosan kalau tak boleh tidur. Flight malam so tidur jela. Tapi aku cuma tidur-tidur ayam saja. Excited lebih ke apa ke tak tahulah.
IMG_0341
Tepat pukul 7.55pagi sampailah kami ke Melbourne. Kastam lepas dengan mudah. Beg pun selamat tak kena check.Memang ada anjing yang besar tapi dia jauh dari kami dan suasana amat tenang di sepanjang checkout area.
Inilah view pertama sebaik keluar dari Tullamarine Airport.
day1a
Kepada yang nak menaiki pengangkutan awam bolehla naik di t3. Aku dijemput oleh rakan.
IMG_0347
IMG_0353IMG_0354
Kata rakan, ini rumah pekerja di Spencer Street.
IMG_0359
Penjara di tengah bandar ,macam Penjara Pudu kita suatu ketika dulu.
IMG_0360
Gambar tram pertama .IMG_0361
Kami terus ke Ibis Budget Melbourne untuk check in. Cost untuk semalam ialah RM375 dan kami stay untuk 5 malam. Bilik lengkap dengan kemudahan asas. Kami dapat bilik sekali bilik air (ensuite) senang .
Lepas drop bag kami pusing-pusing Melbourne city. Dekat sini tourist area, ada tourist police ( tak tahu apa gelaran mereka) akan bagi map dekat kita. Mereka ini terdiri dari warga emas dah amat bersopan santun. Cuaca di sini dalam 11celcius. Sejuk dah selesa.

IMG_0365
Bila dah pusing-pusing dalam cuaca sejuk perut pun cepatla lapar. Di Melbourne CBD tak perlu risau kerana banyak makanan halal. Kami brunch di Restoran di Lonsdale St iaitu sebelah The Mamak. Masa kami sampai mamak belum buka so tengah restoran sebelah ada tanda halal kami masuk and makan. Sedap gak mee goreng seafood dan teh tarik di cuaca yang sejuk begini.
Dekat sini pun ada banyak kedai kebab. Starbuck ada satu kedai di sini tapi jangan terkejut  sebab memang tak ramai orang. Australia dah ada their famous coffee so coffee us ni dia orang tak pandang.
Bersambung lagi nanti….cerita day 1 kami di Melbourne CBD, Victoria Market, ST Kilda etc…….thanks for reading.

Sunday, September 22, 2013

Shopping @ Singapore

shopping di Singapore dalam masa sehari? Fly pagi dan fly back malam?
Kerja gila……

Hahaha itulah jawapan orang bila kami pergi sehari je. Ini trip untuk shopping saja. Even makan pun ala-ala kadar. Memang balik KL kebulur dalam flight tapi inilah yang buat trip ni fun n gila.
Ini kali pertama ke Singapore,  selalu jalan-jalan sekitar Malaysia saja. Insyallah lepas ni kami perlahan-lahan, plan dan menabung untuk mulakan perjalanan kami di luar Malaysia….someday insyallah.

Flight kami pukul 8 pagi, menaiki Jetstar (penerbangan murah yang berasal dari Australia, lebih kurang sama macam Air Asia dan kalau tidak berhati-hati memang kena charge macam-macam.) Tapi yang seronoknya kami fly dari KLIA.


IMG_8992

IMG_8993
IMG_8996
Sampai Changi Airport kami terus breakfast dekat Starbuck. Alas perut sebelum memulakan seisi shopping di Orchard Road nanti. Masa kami pergi currency tengah tinggi dalam 2.5 so amatlah rugi terasa tapi time ni saja kami free untuk ke sini.
IMG_8998
Oleh kerana trip kami cuma sehari, sebaik mungkin kami cuba nak jimatkan masa. Kami terus naik teksi ke Orchard Road. Tambang kami ke sana sewaktu pergi ialah $20 dah $28 untuk pulang semula ke airport.
IMG_9003
IMG_9004
Destinasi kami ialah Takashimaya, kedai belum buka tapi kami dah sampai. Hehe
Laduree.
Dekat sini ada Laduree, the famous London macaroon. Salted caramel dia memang mengancam. Macaroon ni memang agak mahal tapi amat berbaloi untuk mencuba. Jangan lupa pilih box2 yang menarik. Pelbagai pilih box dan perisa ada di sini.
IMG_9055

Ice-cream
SGD1 untuk Ice Cream burger & waffle. Dah penat-penat jalan & shopping boleh berhenti rehat sambil makan ice cream. Kami makan sambil berjalan ke H&M. Sebenarnya amat susah untuk kami makan masa dekat area ni, kebanyakan pekerja cuti dan mereka melepak di setiap hawker centre dan fast food. Memang kami alas perut dengan roti dan air sambil berdiri. Kental sungguh semangat shopping kami.
IMG_9031


IMG_9033
Longchamp – dekat Singapore memang murah dah pelbagai pilihan berbanding di Malaysia. Kalau ada rezeki lebih beli LC di sini ya wahai penggemar LC.IMG_9017IMG_9023-001IMG_9029-001IMG_9030-001IMG_9034-001IMG_9035-001
Gucci/Chanel/Celine/LV – kedai-kedai ni memang penuh dengan orang. Masuk dan ambil feel beg-beg exclusive ni. Harga mahal dari Malaysia. But banyak pilihan.
H&M – better lagi Malaysia punya cawangan dengan pelbagai pilihan dan harga lebih murah
Mark & spencer – harga lebih mahal dari Malaysia.
Perfume – beli dekat airport je. Memang amat murah. Berbaloi sangat beli.
Next time kalau aku nak shopping perfume atau beg Longchamp aku hanya perlu ke Changi airport saja sebab dah murah sangat di sini. Ada baca dalam blog, perfume murah di Mustapa. Lain kali la melawat.

Jetstar- selesa dan murah. Sama macam AA kena tambah duit untuk luggage dan tempat duduk. Tapi yang best sebab dia fly dari KLIA dan tambang masa kami booking lebih murah dari AA tawarkan.