Oh The Place I've Been

Saturday, October 19, 2013

Melbourne, Australia #2 Victoria Market

 Meh aku nak kongsi gambar-gambar yang di ambil di Melbourne CBD, kebanyakan gambar ini diambil oleh Marina.

IMG_0480

Typo : kedai kegemaran aku di Kuala Lumpur dan aku bernasib baik kerana Typo Melbourne berhadapan dengan hostel kami duduk. Barang-barang memang baru dan belum sampai lagi di Malaysia. Seronok juga berborak dengan pekerja Typo. Peramah dan helpful.


Saya dan Marina.IMG_7312IMG_7320

Keluar masuk kedai survey harga kemudian kami ke Queen Victoria Market. Melbourne City tidak sebesar mana dan jangan risau kalau ada map di tangan anda tidak akan sesat. Satu lagi tips if nak pakai international roaming amatlah mahal, beli data plan di optus saja. Sampai balik credit masih ada.. beli aud20 dah mencukupi kerana jika menggunakan app yg sedia ada dalam handphone tiada bayaran data dikenakan melainkan google. Aku telefon Kuala Lumpur punyalah lama pun credit masih belum luak. So aku sarankan sangat ambil pakej Optus ni. Jika menetap di Ibis Budget Melbourne, Optus ni hanya di seberang jalan. Jangan beli di airport ye sebab amat mahal.


Harga barang di kedai sekitar CBD. Tapi di Victoria Market dapat sehelai T AUD5.
IMG_0368IMG_0369
Antara barang-barang di dalam Queen Victoria Market atau dikenali sebagai Vic Market.
IMG_0380
Kata orang UGG boots di sini bukan original. 
IMG_0381
Cuci mata je.
IMG_0379
Sapa nak buckle belt?

IMG_0382
Comel-comel dresses kanak-kanak di sini dah pelbagai warna dan tema

Masa kawan-kawan lain sibuk shopping lagi kami sempat pergi minum hot choco di cafe di bahagian market. Cafe ni dalam bangunan yang ada jual bahan-bahan basah. Ada juga food court di dalam tu. Tapi tiada yang halal.



Panaskan telinga sekejap.
 Gambar bawah ni la jalan menghala ke Market Place, nampak kan ramai orang makan dekat luar tu? Itulah food court Vic Market.

Gila shopping? 

Bersama rakan-rakan yg pergi bersama. 

Art!

Pistol anyone?


Fresh fruit memang murah. 

Aku beli fridge magnet 7 AUD10 dan t-shirt AUD5. Sedikit gloves dan snow cap. Harga lagi murah dari Kuala Lumpur tapi winter wear kena pandai negotiate kalau tidak memang kena mahal. 

Lepas dah puas shopping kami ke St Kilda pula....kita sambung di bahagian 3.....jangan marah ye,,,dah ngantuk (cerita dah hampir 2 bulan yg lalu).....


No comments:

Post a Comment