Oh The Place I've Been

Wednesday, December 18, 2013

MELBOURNE, AUSTRALIA #7


Hari ni special sikit, menyelami hidup masyarakat di suburban area. Aku teman Marina main tennis dengan group dia. Setiap minggu dia orang akan ada tournament. Rajin mak-mak dekat sini. Aku lepak tepi court sambil minum kopi panas. Lepas habis game dia orang siap ada makanan untuk lunch. Layanla makan biskut n cheese. Macam-macam makanan dia org bawak dah macam buffet aku tgk meja.
IMG_0583
IMG_9826
IMG_0586


Lepas dah puas makan dan borak kita orang gerak nak tengok kangaroo. Korang tau tak mak-mak dkt sini semua pakai sweater hitam and bila sorang hilang sweater memasing check balik takut salah ambik termasukla aku. Hahahaha…
Aku dibawak ke sebuah club golf berhampiran Morang Drive. Kalau datang Australia tak tengok Kangaroo tak sah la kan. Ni semua kangaroo liar, takut gak aku nak duduk dekat tak pasal-pasal kena tendang kang. Ada suatu masa populasi kangaroo amat banyak dan kerajaan dia orang siap upah hunter untuk bunuh kangaroo2 ni. Kesian kan.

IMG_0592
IMG_0593
IMG_0595
IMG_0596
Esok aku dah nak balik KL, last day shopping untuk penuhkan beg. K-Mart sini murah wei especially brg2 season summer. Sakan mak berbelanja…
IMG_0602
Habisla kisah g Australia…g berlima balik sorang. Dia orang fly ke Sydney and aku balik KL. Seronok gak travel alone ingat ke macam takut ke apa but sini amat selamat and just be careful insyallah semua dipermudahkan.
Kita sambung citer pasal HK  KK lak ye….

Tuesday, November 5, 2013

MELBOURNE, AUSTRALIA #6 MT BULLER


Let It Snow! Let It Snow! Let It Snow!!
Yes, hari ni kita pergi main snow. Pengalaman pertama dalam hidup. Nak tengok best ke tidak snow ni.
Perjalanan ke Mt Buller mengambil masa 3 jam menaiki bas rombongan cik kiah Smile. Boleh gak if nak sewa kereta dan memandu sendiri. Baca tips camna nak memandu di kawasan salji http://www.mtbuller.com.au 
Kami sampai di Mansfield hampir pukul 9 pagi. Di sini bas berhentikan utk sewa equipment termasuk jacket & pants. Kalau pergi snow janganlah pakai jeans. Pakai waterproof clothing ye anak-anak.  Harga di bawah ni lebih murah dari Mt Buller, sila rujuk gambar di bawah.
IMG_9751-001
IMG_9752
Kalau dah sampai sini jangan lupa cuba hot choco dia memang pekat, likat, creamy dan sedap. Kat sini gak kami beli unlimited lift ride (cable car macam bukit nenas dulu-dulu tu) Aku dah tak ingat berapa harga dia…sorry. Tabogan pun kami sewa dekat sini je.

Jangan lupa install app Mt Buller memang sangat helpful semasa korang dkt sana. Tempat ni memang besar dan memang tak nampakla. Mata akan silau maka sediakan la spec hitam.
Aku rajin pulak nak copy map ni, untuk rujukan diri sendiri gak. Kita orang mula-mula ala-ala sesat gak tak tahu mana nak tuju. Sudahnya tanya je la orang-orang situ mana nak naik lift then depa suruh kami turun balik. Jangan risau and jangan susah-susah nak jalan kaki. Banyak bas menanti.
3-11-2013 2-14-00 PM
Mt Buller Gnome house, salah satu aktiviti untuk family.
Meh sesapa rajin baca sikit dekat sini , aku next time pergi memang nak bawak anak-anak cuba.

“Come and talk a walk with Mt Buller's little folk! The Mt Buller Gnome Roam takes visitors on a self-guided tour of the mystical gnome world of the mountain village where they will catch a glimpse of resident Mt Buller gnomes, learn about their favourite places to play as well as some interesting facts about the gnome way of life.
Visitors can collect a Mt Buller Gnome Roam booklet from the Mt Buller Post Office to guide them through the Roam. The booklet, which makes a perfect keepsake, contains an intricately designed map and beautiful photos of Mt Buller Gnome folk. A further bonus is the gnome stickers available at the Post Office as a reward for completing the Roam.”
  
IMG_9756
Dah sampai! Turun bas lepas tu memasing tukar baju waterproof dekat toilet sebelah Taboggan kiosk bawah ni. Aku dah ready dengan waterproof clothing dan snow boats (semua pinjam dekat Marina) nasib baik sama size. Dah tukar baju kami terus je naik bas (dengan dok usung beg besar gabak tu konon ala-ala shopping) bila sampai atas dok mencari mana pulakla lift ni. Tanya-tanya dekat org situ, nak senang turun balik ke Taboggan kiosk ni dan berhenti dekat last bus stop (lepas Taboggan Kiosk).
Kami turun balik ke bawah, masa tu perut dah lapar. Sini memang tak ada makanan halal langsung, silala bawak makanan sendiri. Nak makan dekat luar memang sejukla. Nasib baik cafe bawah ni even no outside foods tapi dia x kisah kami makan maggi. Space pun amat limited dalam ni. But again nasib kami baik bila aku tanya mat salleh sorang tu if dia nak letak beg ke dkt situ boleh tak if kita org nak tumpang makan. Terus dia blah so dapatla kami meja dan kerusi untuk makan. Nikmat makan maggi dalam cuaca sejuk macam ni sejuta kali lagi sedap dari makan di rumah. Nak pulak maggi sup ayam.

 Cuaca sejuk + sup = mabeles mabeles….

IMG_0547
Over tak over la aku time tu….
IMG_0536-001
Perut kenyang hati banyak senang jom jadi kanak-kanak kita main Taboggan. Seronok wei main ni tapi ampun takde stamina nak memanjat gunung ala-ala sikit tapi tak mampu dek badan. One round je cukup. Adrenalin pumping…..

Campak beg dalam bas dan jalan lenggang lenggang. Korang x yahla susah payah bawak beg bila datang sini. Simpan je dalam kereta atau bas. Susah nak berjalan sebab licin.

IMG_0548
Kami ambik bas (tak jauh mana pun nak ke tempat lift ride ) turun ke bawah untuk lift ride.
IMG_0549
  Dah sampai! Wah feeling sesangat wei bila naik ni. Rasa macam dalam Twlight movie. Serious one of the best experience in my life. Kami ride sampai atas then singgah cafe lepak lepak sebab sejuk sangat cuaca dekat luar tu.  Lepas tu main snow dan buat snowman. Dapatla elf snowman hehehe…..
Rupa snow ni macam butiran pasir cuma dia ice… memang jakunla first time dapat tengok. Excited, thrill etc la time ni.
Masa pun dah nak habis, kami turun bawah dan enjoy lift ride 2-3 round (dah beli unlimited kan) Memang nak puaskan hati naik lift ride ni, Serious berbaloi beli unlimited.
1234026_540690439320164_1950328755_n
Agak lewat gak bas kami bertolak sebab ada sorang mat salleh ni syok sangat main ski sampai dia sesat. Dah nak gelap baru dia sampai. Dah la jauh nak balik CBD ni, dalam bas perut dah lapar. Nasib baik ada stock snickers. Lega sikit perut. Sampai CBD dah lewat dalam 9.30 malam. Letak bag tak mandi pun terus gi makan. Ingat nak cuba kebab but memasing nak gak ke Mamak (dok ulang benda ni je dekat sana) makan ikut jela.
Sampai sini cerita trip ke Mt Buller if rajin bacalah sikit-sikit info dekat bawah ni harap dapat membantu. If ada soalan sila angkat jari dan type Winking smile Kalau nak travel jangan malas-malas tau…(pesanan penaja) da….


  Some info dari Travel Agent about this trip :1236822_10201390069786888_1455528982_n
1231528_540687322653809_912084945_n
Enjoy the bush landscape as you travel in the comfort of your air-conditioned luxury coach through the 
Great Dividing Range, the picturesque Yarra Valley, Yea and Mansfield.  
 
Mt. Buller Resort  
An easy three hour drive from Melbourne you’ll  find this European style village. Situated high in the 
snowfields, Mt. Buller is charming, with quaint lodges, luxurious hotels and modern apartments positioned 
so you can ski from the slopes to your front door.  
 
Ski Facts  
With 300 hectares of skiable terrain including more than 80 kms of groomed trails, scenic panoramas and 
more places to eat, drink and be merry, there is no better place in Australia to ‘live it up’ than at Mt. Buller.  
The slopes are amazing with rugged ridges, cliff drops and tree runs making Mt. Buller a natural 
playground. Visitors of all ages and experience will enjoy the diversity of Mt. Buller, offering beginner slopes, intermediate runs plus the  challenging black diamond runs. There are also  ski jumps and a 
snowboa rd park for the more  adventurous.  Mt. Buller has three terrain parks designed for  all skill levels, a 
half pipe and an ultra - cross  course, with a dedicated snow grooming team to  maintain their  c ondition. Keep 
the kids happy all  winter long  –  the village toboggan park has its own snowmaking machine.  
 
Off the Slopes  
There is a fantastic selection of restaurants, cafés and bars. There’s also abundance of activities off  the 
slopes. You can shop for the latest gear in the boutiques or catch up with the locals at one of the many 
warm and friendly bars. Explore a real alpine village, browse the local shops or grab a pair of snow shoes 
and discover the wonders of this winter playground.  








Saturday, November 2, 2013

melbourne australia #5 WILLIAMSTOWN

IMG_0741
Jom merayap ke Williamstown. 8km dari Melbourne CBD. Williamstown ni suburn area.
Memang sampai sini nampak ramai local dok berjalan-jalan dengan family. Berehat dan lunch.
Marina jemput then kami ke Williamstown naik kereta dan dalam 15 minit melalui freeway kami sampai ke destinasi. Boleh gak naik train dari Flinders St, 30 minit perjalanan.

Gambar-gambar bawah di masa dalam kereta nak ke Williamstown. Ini area Melbourne CBD.

IMG_7415IMG_7424IMG_7425

Kita dah sampai. Sampai sini memang rasa old city dan area pun memang relex dan tenang. Tak sesibuk Melbourne CBD. Cuaca pun cantik hari ni dan bangunan-bangunan lama memang cantik dan tak puas mata memandang. Banyak juga rumah-rumah lama yang bermacam design yg kita dok tengok dalam tv. Berbeza sungguh bila dapat tengok live. Teruja sungguh.
IMG_7429
Nampak tak seberang sana? That is Melbourne CBD
IMG_7426IMG_7428
IMG_7432
Terjumpa Titanic pulak dekat sini....U jump I jump .....
Ini restaurant tau dan rasanya buka malam kot.
IMG_7441
Bestnya even dapat berdiri di sini. Hirup udara di bumi asing, melihat cara hidup dan
budaya yang berbeza. 
IMG_7449
Deretan kedai dan restaurant.
IMG_7431IMG_7434IMG_7442IMG_7444IMG_7447IMG_7448IMG_7450IMG_7454I
Williamstown Lighthouse/Timeball Tower
IMG_7455IMG_7453
During summer, nak nampak pasir pun susah sebab penuh dengan orang.
IMG_7460
Lepas dah puas jalan-jalan sekitar Williamstown dan amik gambar kami lunch dekat one of the fish and chip restaurant nearby. Dah kenyang cuaca pun macam dah nak hujan, moh le kita balik.

Gambar-gambar masa nak balik ke bilik.

IMG_7462
IMG_7463

Balik bilik dan rehat lepas tu jalan-jalan cari makan dekat CBD. Konon nak cari thermos sampai habis semua 7/11 dan Coles masuk tapi takdela pulak. Bila nak semua takde jual bila x nak bersepah-sepah depan mata.

IMG_9745
Singgah beli fries.
IMG_9744

(repeated post hehe) Untuk kemudahan data dan phone call, memang 100% recommended amik Optus punya. Ambil yang paling minimun sebab kalau handphone dah ada app automatic unlimited data. Even phone call aku buat ke Malaysia takde tolak pun credit. Pelik makcik but itulah hakikatnya. Senang je cari Optus (tapi jangan beli dkt airport sebab pakej dia bagi start with aud60 so baik g optus lain) then kata nak optus prepaid social macam bawah ni.
IMG_0482IMG_7464
Selesai perjalanan hari ni....Aku dah mula rindu dekat anak-anak. Sebak sebab tak dapat melihat keindahan bumi kangaroo bersama mereka. Insyallah someday we will come together...four of us.

Hari ni memang membuka mata dan minda  melihat betapa penduduk sini memang mementingkan work life balance dan quality time with family. Di KL life amat busy dan terkejar sana sini. Kenapa? aku masih tidak paham kerana aku juga sebahagiannya.... tapi yang pasti setiap hari aku akan cepat-cepat buat kerja agar dapat balik on time. Tiada istilah overtime  kerana tidak sanggup memandang muka anak-anak yang sedih menanti kami pulang. Pengorbanan mereka amat hargai dan nanti bila  dah tua aku pulak  asik menanti kepulangan mereka....sebak rasa. Mereka tidak selucky aku, masa kecik mak yang jaga dekat rumah.

..........aku sudahkan post ini dengan hati berdinding kaca......sob sob (homesick)






Sunday, October 27, 2013

Melbourne, Australia #4 Great Ocean Road


Haila…orang tak tahu ingat senangla nak maintain blog. Susah wei dengan tugasan seharian, traffic jam, anak-anak, suami, family dengan rumah nak berjaga. Tugas berat…..tapi apa yg aku tahu bila berblog aku akan senyum sendirian (aka syok sendiri) mengimbau kenangan……

Jom sambung cerita perjalanan …..jap nak tengok cerita apa hari ni….

Oh hari ni kita akan bercerita pengalaman ke Great Ocean Road.

Kami follow tour bus untuk ke Great Ocean Road (GOR) tapi lagi bagus kalau dapat drive sendiri dan boleh explore kawasan-kawasan sekitar dan berhenti berapa lama yang anda suka. (ini pengalaman akulah) Mungkin sesetengah orang suka tour sebab senang tak payah fikir nak cari jalan nak tanya orang, duduk dalam bas dengar penerangan dah sampai.  Kalau ada izinNya lagi aku nak memandu di sana.

24/8/2013 6.55pagi kami dah kena tunggu depan Novotel hotel untuk bas ATT Kings pick up kami. Ibis  amat hampir dengan Novotel dan tidak menjadi masalah langsung kalau letih dan penat. Sebelum menunggu bas kami sempat singgah di Hudson’s Coffee untuk membungkus hot chocolate. Tak tahulah kenapa bila sampai sini aku lebih suka hot choco sedangkan aku  coffee addict.



IMG_9708  
DSC_9654
 Inilah tour bas kami. Bas ni tak penuh dan tour guide aka driver memang hebat selok belok GOR. 
Dia siap share tumbuh-tumbuhan yang tumbuh meliar di kawasan ini dan digunakan untuk 
perubatan dan wangian. Ada kala aku mendengar dengan teliti ada kala  melayang-layang kerana mengantuk.
547293_10202270082659480_808026815_n


Yang seronoknya driver ni rajin berhenti suruh kita orang turun ambil gambar. Kami pun lari la turun cepat-cepat ambil gambar. Cuaca amat nyaman, tapi aku ni jenis silau….jangan marah na if dok nampak pakai spec memanjang Hot smileGambar bawah ni dekat Louttit Bay,Lorne. Kalau korang lalu silalah berhenti dan ambil gambar.
579078_10202270085779558_1629302904_n
1235544_10202270086339572_844262929_n
Bertuah badan sapa yang empunya rumah dekat GOR ni. Sapa yang ada kawan duduk sini pun bertuah gak secara tak langsung dapat gak merasa masuk ke dalam rumah dan enjoy the view. Kita yg dok dekat bawah ni pun dah cukup syok depa yang dekat atas tu lagilah best kan.
DSC_9659
Gerbang GOR, tempat wajib untuk bergambar.  Great Ocean Road ni  jalan handmade. Ha korang ingat jalan tak boleh handmade ke? Jalan ni dibina oleh askar-askar yang pulang dari berperang dari tahun 1919-1932.  Great Ocean Road ni gak top 10 beautiful road (baca dalam paper baru-baru ni) Sesiapa ada duit lebih atau takde duit cuba asingkan tabungan untuk travel dan datang ke sini melihat sendiri  dan menghidu udara nyaman di sini…..rekomen sesangat untuk datang ke sini.
DSC_9656
1233414_10202270077499351_649527638_n
Salah satu option kalau nak amik angin di sini...
Masa berhenti sebelum sampai GOR saya masuk ladies…wah kreatif lukisan dan quote dalam ni….toilet ni nama Madam’s Loo Loos
IMG_0427
IMG_0430
Bila dah naik bas dan syok-syok berangan tetiba je driver bas ni slow down dan reverse tengah-tengah jalan. Apa ke hal la pulak ni kan….rupa-rupanya dia nampak si Koala liar ni ha…. Tidur agaknya tak gerak-gerak. Koala ni memang kuat tidur…..dan ramai gak mati masa tidur sebab jatuh atas jalan. 
DSC_9666

Masa ni belum ramai lagi tourist, dapatla ambil gambar kosong. Meh layan gambar kejap…..
IMG_0436
“Great Ocean Road      The Great Ocean Road stretches for 243 kilometres along the stunning southeastern coast between Torquay and Warrnambool. An Australian National Heritage listed road, it was built by returned soldiers between 1919 and 1932. The road winds through gorgeous terrain along the coast and leads you to many significant landmarks and natural wonders.” –itinerary tour
IMG_0439
IMG_0440
IMG_0442

Berhampiran dengan sign GOR tu ada laluan ke pantai….
IMG_0443
IMG_0446

Lepas dah amik-amik gambar, kami dibawa ke Apollo Bay untuk lunch. Tak ada gambar sebab rushing dan hujan. Kelam kabut memasing dengan kelaparan. Kami share ramai-ramai makan fish n chip. Gambar ni dapat snap sebab kami parking depan rumah orang ni. Tenang dan aman damai kawasan ni. Seronok! Yang putih-putih tu bunga tau…..
IMG_9717

Stick house…..nampak buruk tapi check tengok full pic dekat sini Stick House
IMG_9719
“Apollo Bay At the foothills of the Otways lies the gorgeous seaside village of Apollo Bay. Surrounded by rolling green hills and ocean, Apollo Bay is a lively holiday destination during summer. Here you can relax and treat yourself to lunch at one of the many cafés and restaurants, or you can join us at the Apollo Bay Hotel (own expense) to enjoy some great food and local hospitality.  “itinerary tour

Perhentian pertama kami. Loch Ard Gorge.  Turun je dari bas dengan udara nyaman menerpa ke muka dan tengok pulak view ni…indahnya kurniaan Ilahi.

DSC_9670-001
“Loch Ard Gorge . The beautiful Loch Ard Gorge and learn of the ill-fated English ship ‘Loch Ard’ that ran aground on nearby Muttonbird Island in 1878. The ship sank within 15 minutes, taking with it all but two of the 54 passengers and crew on board. The survivors came ashore and found refuge at what is now known as Loch Ard Gorge, a striking example of the process of erosion. “ -itinerary tour
Meh tengok gambar-gambar di Loch Ard Gorge.Saya ada amik video nanti saya cuba upload (dah lama tak aktif berblog banyak benda dah cicir)
DSC_9685
DSC_9692
DSC_9693
DSC_9695
DSC_9697
DSC_9698
DSC_9701
Mat Salleh baju merah tu nampak aku je terus dia menyorok belakang family/kawan dia. 
DSC_9711
IMG_0461
DSC_9715
Saya tak turun sebab tengok semua yang nak naik balik semput....kang perasan kuat pitam lak dekat sini huhu
DSC_9716

“The Twelve Apostles The rugged splendour of the approaching Twelve Apostles is just breathtaking. These incredible limestone rock formations up to 45 metres high are the result of erosion that began up to 20 million years ago. Your Guide will share the history of their fascinating evolution while you take in the great spectacle of this natural wonder. If you find you can only count 9 Apostles and not 12 – test your Driver Guide’s knowledge as to why!!   

Scenic Walk There are many walks around the location of the Twelve Apostles providing closer access to the shoreline. From the cliff top viewing area you can absorb the grandeur of this iconic site and take some photographs.” – tour itineraryDSC_9718
DSC_9723
DSC_9726
DSC_9737
Hehe suka betul dia org ni dok nak bergambar sekali. Ku layanka saja....
DSC_9740
Dah tinggal berapa ketul ke Apostle ni....no more 12
DSC_9751
Ni kengkawan tanya dekat mana ni dan aku  gurau jawab studio...kesian depa 
IMG_0453
IMG_0474
London Bridge nama lama now dah jadi London Arch.
 Ini gambar lama. London Bridge ni runtuh tahun 1990. Pic credit to : Wikipedia
DSC_9717
Selesai sudah perjalanan kami di Great Ocean Road. Syukur segalanya dipermudahkan.
IMG_9722
Kami sampai Melbourne CBD perut dan menjerit-jerit minta makanan. Malam tu kami makan di Mamak
Lega perut dapat nasi putih dan sambal udang. Portion besar dan jenuh gak nak habiskan. 

 Selesai sudah pengembaraan kami di Great Ocean Road.

Terima kasih kerana sudi mai blog ni...........jumpa lagi on next post...