Oh The Place I've Been

Monday, August 1, 2011

Kembara Terengganu 7 – ICT Ikan Celup Tepung

Kalau ke Terengganu tak sahla kalau tak mencuba ICT di belakang airport. Gerai Ikan Celup Tepung (ICT) Pok Long terletak di Telaga Batin, Kuala Terengganu. Specialnya di sini telur sotong yang sentiasa menjadi rebutan. Sempat saya berbual dengan kakak yang menjual katanya Permaisuri kalau pulang ke KT, tukang masak istana akan datang untuk ambil telur sotong tersebut dah jumlahnya bukan sedikit.
Kali kedua lawatan saya pada hari itu (ye dua kali repeat tempat yang sama) barulah dapat merasa telur sotong. Sedap dan kenyal dan amat enak dimakan ketika panas. Di sini setiap juadah sudah dihidangkan dalam pinggan, anda cuma perlu ambil saja. Semua self service. Setiap piring berharga RM5, RM6 mengikut jenis.
DSC_6195 copy
Telur sotong.
j 
Penuh kedai.
DSC_6196 copy DSC_6197 copy
Hidangan udang,ikan dan sotong bersama sos istimewa. Memang sedap. Jika ke Terengganu jangan lupa singgah. Lepas makan boleh berjalan di tepi kawasan laut sambil melihat orang bermain layang-layang.

No comments:

Post a Comment