Oh The Place I've Been

Saturday, October 19, 2013

Melbourne Australia #1 Tullamarine Airport & CBD


Terkabul juga hasrat untuk berjumpa sahabatdi Australia. Agak berbelah bagi untuk pergi mengembara di bumi kangaroo ini pada mulanya. Ini perjalanan solo bersama kawan2 dan perjalanan paling jauh sepanjang hidup. Agak kiasu pada mulanya mampukan aku harungi berjauhan dengan anak-anak? Tabahkan hati untuk menjadi pengembara di negara orang. Ini dream aku maka harus tabahkan hati untuk berjauhan sementara waktu.

Aku menaiki ERL untuk ke KLIA. Malangnya Tasik Selatan masih belum habis renovate lagi dah agak sukar untuk membawa beg yg besar. Rupanya ada jalan baru untuk terus ke ERL ini tapi sayang tidak pasti di mana jalannya. Ramai penumpang lain berhenti di belakang ERL untuk terus menaiki train. Hmmm lain kali kena survey betul-betul kalau nak naik erl lagi.
IMG_0336
Kami menaiki MAS jam 10malam. Tambang seorang RM1980.00. Perjalanan ialah selama 8 jam.Flight penuh so tak bolehla nak baring-baring ye Smile

IMG_0339-001
Kepada yang tak biasa jangan risau tak perlu bawak selimut sendiri sebab pihak MAS ada menyediakan selimut dan bantal. Makan pun tak putus-putus sampai. Movies pun sampai tak larat tengok. If lapar atau haus tanyalah pramugari/pramugara jika masih ada meal. Jangan lupa ambil kacang lebih sikit untuk hilangkan bosan kalau tak boleh tidur. Flight malam so tidur jela. Tapi aku cuma tidur-tidur ayam saja. Excited lebih ke apa ke tak tahulah.
IMG_0341
Tepat pukul 7.55pagi sampailah kami ke Melbourne. Kastam lepas dengan mudah. Beg pun selamat tak kena check.Memang ada anjing yang besar tapi dia jauh dari kami dan suasana amat tenang di sepanjang checkout area.
Inilah view pertama sebaik keluar dari Tullamarine Airport.
day1a
Kepada yang nak menaiki pengangkutan awam bolehla naik di t3. Aku dijemput oleh rakan.
IMG_0347
IMG_0353IMG_0354
Kata rakan, ini rumah pekerja di Spencer Street.
IMG_0359
Penjara di tengah bandar ,macam Penjara Pudu kita suatu ketika dulu.
IMG_0360
Gambar tram pertama .IMG_0361
Kami terus ke Ibis Budget Melbourne untuk check in. Cost untuk semalam ialah RM375 dan kami stay untuk 5 malam. Bilik lengkap dengan kemudahan asas. Kami dapat bilik sekali bilik air (ensuite) senang .
Lepas drop bag kami pusing-pusing Melbourne city. Dekat sini tourist area, ada tourist police ( tak tahu apa gelaran mereka) akan bagi map dekat kita. Mereka ini terdiri dari warga emas dah amat bersopan santun. Cuaca di sini dalam 11celcius. Sejuk dah selesa.

IMG_0365
Bila dah pusing-pusing dalam cuaca sejuk perut pun cepatla lapar. Di Melbourne CBD tak perlu risau kerana banyak makanan halal. Kami brunch di Restoran di Lonsdale St iaitu sebelah The Mamak. Masa kami sampai mamak belum buka so tengah restoran sebelah ada tanda halal kami masuk and makan. Sedap gak mee goreng seafood dan teh tarik di cuaca yang sejuk begini.
Dekat sini pun ada banyak kedai kebab. Starbuck ada satu kedai di sini tapi jangan terkejut  sebab memang tak ramai orang. Australia dah ada their famous coffee so coffee us ni dia orang tak pandang.
Bersambung lagi nanti….cerita day 1 kami di Melbourne CBD, Victoria Market, ST Kilda etc…….thanks for reading.

No comments:

Post a Comment