Haila…orang tak tahu ingat senangla nak maintain blog. Susah wei dengan tugasan seharian, traffic jam, anak-anak, suami, family dengan rumah nak berjaga. Tugas berat…..tapi apa yg aku tahu bila berblog aku akan senyum sendirian (aka syok sendiri) mengimbau kenangan……
Jom sambung cerita perjalanan …..jap nak tengok cerita apa hari ni….
Oh hari ni kita akan bercerita pengalaman ke Great Ocean Road.
Kami follow tour bus untuk ke Great Ocean Road (GOR) tapi lagi bagus kalau dapat drive sendiri dan boleh explore kawasan-kawasan sekitar dan berhenti berapa lama yang anda suka. (ini pengalaman akulah) Mungkin sesetengah orang suka tour sebab senang tak payah fikir nak cari jalan nak tanya orang, duduk dalam bas dengar penerangan dah sampai. Kalau ada izinNya lagi aku nak memandu di sana.
24/8/2013 6.55pagi kami dah kena tunggu depan Novotel hotel untuk bas ATT Kings pick up kami. Ibis amat hampir dengan Novotel dan tidak menjadi masalah langsung kalau letih dan penat. Sebelum menunggu bas kami sempat singgah di Hudson’s Coffee untuk membungkus hot chocolate. Tak tahulah kenapa bila sampai sini aku lebih suka hot choco sedangkan aku coffee addict.
Inilah tour bas kami. Bas ni tak penuh dan tour guide aka driver memang hebat selok belok GOR. Dia siap share tumbuh-tumbuhan yang tumbuh meliar di kawasan ini dan digunakan untuk perubatan dan wangian. Ada kala aku mendengar dengan teliti ada kala melayang-layang kerana mengantuk. |
Yang seronoknya driver ni rajin berhenti suruh kita orang turun ambil gambar. Kami pun lari la turun cepat-cepat ambil gambar. Cuaca amat nyaman, tapi aku ni jenis silau….jangan marah na if dok nampak pakai spec memanjang Gambar bawah ni dekat Louttit Bay,Lorne. Kalau korang lalu silalah berhenti dan ambil gambar.
Bertuah badan sapa yang empunya rumah dekat GOR ni. Sapa yang ada kawan duduk sini pun bertuah gak secara tak langsung dapat gak merasa masuk ke dalam rumah dan enjoy the view. Kita yg dok dekat bawah ni pun dah cukup syok depa yang dekat atas tu lagilah best kan.
Gerbang GOR, tempat wajib untuk bergambar. Great Ocean Road ni jalan handmade. Ha korang ingat jalan tak boleh handmade ke? Jalan ni dibina oleh askar-askar yang pulang dari berperang dari tahun 1919-1932. Great Ocean Road ni gak top 10 beautiful road (baca dalam paper baru-baru ni) Sesiapa ada duit lebih atau takde duit cuba asingkan tabungan untuk travel dan datang ke sini melihat sendiri dan menghidu udara nyaman di sini…..rekomen sesangat untuk datang ke sini.
Salah satu option kalau nak amik angin di sini... |
Bila dah naik bas dan syok-syok berangan tetiba je driver bas ni slow down dan reverse tengah-tengah jalan. Apa ke hal la pulak ni kan….rupa-rupanya dia nampak si Koala liar ni ha…. Tidur agaknya tak gerak-gerak. Koala ni memang kuat tidur…..dan ramai gak mati masa tidur sebab jatuh atas jalan.
Masa ni belum ramai lagi tourist, dapatla ambil gambar kosong. Meh layan gambar kejap…..
“Great Ocean Road The Great Ocean Road stretches for 243 kilometres along the stunning southeastern coast between Torquay and Warrnambool. An Australian National Heritage listed road, it was built by returned soldiers between 1919 and 1932. The road winds through gorgeous terrain along the coast and leads you to many significant landmarks and natural wonders.” –itinerary tour
Berhampiran dengan sign GOR tu ada laluan ke pantai….
Lepas dah amik-amik gambar, kami dibawa ke Apollo Bay untuk lunch. Tak ada gambar sebab rushing dan hujan. Kelam kabut memasing dengan kelaparan. Kami share ramai-ramai makan fish n chip. Gambar ni dapat snap sebab kami parking depan rumah orang ni. Tenang dan aman damai kawasan ni. Seronok! Yang putih-putih tu bunga tau…..
Stick house…..nampak buruk tapi check tengok full pic dekat sini Stick House
“Apollo Bay At the foothills of the Otways lies the gorgeous seaside village of Apollo Bay. Surrounded by rolling green hills and ocean, Apollo Bay is a lively holiday destination during summer. Here you can relax and treat yourself to lunch at one of the many cafés and restaurants, or you can join us at the Apollo Bay Hotel (own expense) to enjoy some great food and local hospitality. “itinerary tour
Perhentian pertama kami. Loch Ard Gorge. Turun je dari bas dengan udara nyaman menerpa ke muka dan tengok pulak view ni…indahnya kurniaan Ilahi.
“Loch Ard Gorge . The beautiful Loch Ard Gorge and learn of the ill-fated English ship ‘Loch Ard’ that ran aground on nearby Muttonbird Island in 1878. The ship sank within 15 minutes, taking with it all but two of the 54 passengers and crew on board. The survivors came ashore and found refuge at what is now known as Loch Ard Gorge, a striking example of the process of erosion. “ -itinerary tour
Meh tengok gambar-gambar di Loch Ard Gorge.Saya ada amik video nanti saya cuba upload (dah lama tak aktif berblog banyak benda dah cicir)
Mat Salleh baju merah tu nampak aku je terus dia menyorok belakang family/kawan dia. |
Saya tak turun sebab tengok semua yang nak naik balik semput....kang perasan kuat pitam lak dekat sini huhu |
“The Twelve Apostles The rugged splendour of the approaching Twelve Apostles is just breathtaking. These incredible limestone rock formations up to 45 metres high are the result of erosion that began up to 20 million years ago. Your Guide will share the history of their fascinating evolution while you take in the great spectacle of this natural wonder. If you find you can only count 9 Apostles and not 12 – test your Driver Guide’s knowledge as to why!!
Scenic Walk There are many walks around the location of the Twelve Apostles providing closer access to the shoreline. From the cliff top viewing area you can absorb the grandeur of this iconic site and take some photographs.” – tour itinerary
Hehe suka betul dia org ni dok nak bergambar sekali. Ku layanka saja.... |
Dah tinggal berapa ketul ke Apostle ni....no more 12 |
Ni kengkawan tanya dekat mana ni dan aku gurau jawab studio...kesian depa |
London Bridge nama lama now dah jadi London Arch. |
Selesai sudah perjalanan kami di Great Ocean Road. Syukur segalanya dipermudahkan. |
Kami sampai Melbourne CBD perut dan menjerit-jerit minta makanan. Malam tu kami makan di Mamak Lega perut dapat nasi putih dan sambal udang. Portion besar dan jenuh gak nak habiskan. |
Selesai sudah pengembaraan kami di Great Ocean Road.
Terima kasih kerana sudi mai blog ni...........jumpa lagi on next post...