- 6-14 Jun 2014 (9 hari 8 malam – pun masih tak cukup & puas )
- Parking kereta dekat Long Term Parking facility dekat Block A KLIA, total is RM219
- Sewa Budget Apartment di 74, Preston Street Como untuk 8 malam (malas nak tukar-tukar) Boleh sewa direct dari website atau melalui Haji Yon. ( email : hj_yon@hotmail.com )
- Kami terbang dengan MAS. Beli masa tiket murah. Takde makna beli masa full price. Perjalanan dalam 5 jam lebih. Kali ni leceh sikit masa nak check in luggage. Semua flight dia org kumpulkan satu row untuk check in. Dekat satu jam kami tunggu dan sampai dekat boarding area berlari sebab dah semua orang naik atas flight tinggal beberapa family termasuk kami yang jenuh beratur tadi. Do something please Malaysia Airlines…. Lagi satu dah tak banyak dia org spoilkan penumpang. Kacang bagi sorok-sorok tak macam dulu amik jela berapa banyak nak. Yela tahu MAS rugi dan sebab tu dia cut apa yg patut. Redha jela.
Sewa Kereta : sepanjang di sana kami memang sewa kereta sampai balik. Senang nak berjalan ke mana-mana. Lagipun bawak anak kecik senang sikit nak bergerak. Sewa dari Redspot lepas penat study sana sini lastly decide Redspot jela. Ingat nak sewa dekat City tapi lecehla nak berangkut luggage naik taxi ke city dan nak pulangkan balik dengan luggage dan stroller. Kalau nak senang sewa sekali GPS. Atau boleh guna smartphone korang yang canggih tu.
Adik dah sampai Australia…lama menghitung hari.
Kami sewa apartment melalui Haji Yon, dia ambil kami di airport dan guide sampai ke apartment. Dia siap bagi sabun taharah untuk samak pinggan mangkuk. Very nice man…Mak Ila pun very nice,
Kebetulan kami sampai dah lewat petang, tanya dekat Haji Yon dekat mana nak makan. Dia suruh pergi Albany Highway dekat situ katanya banyak kedai melayu. Kami letak barang dalam apartment dah terus ke Albany Highway. Dekat situ kedai pertama kami nampak ialah Makan 2 Cafe. Sebenarnya nak cari simcard tapi dah lewat so esok jela. Malam tu aku order nasi putih, sup ekor & telur dadar. Cuaca sejuk-sejuk ni memang best makan sup. Cuaca malam tu dalam 12 darjah. Memang aku suka cozy. Menu aku dah lama sampai tapi menu lelain untuk hubby dan anak-anak tak sampai-sampai. Spoil betul. Meja lain 4-5 meja yang datang kemudian pun dah dapat. Memang spoil mood la sebab dahla penat baru sampai. Memang aku tak datang dahla lepas tu. Sorry ek korang, you guys never say sorry pun masa aku dua tiga kali complaint…
Dari meja kosong sampaila meja penuh korang ni suka tau buat camni….. not happy customer.
Lepas makan kita orang pusing-pusing kejap then balik apartment. Selesai hari pertama.
Saturday Day 2
Hello, mari Irees guide semua hari ini ….ready????? ok jom
Danish Patisserie, Bussendean.
Alamat : 5 Dyer Road Bassendean Perth. Mon-Fri 7am-2pm Sat 7am-11am.
Kedai ni dekat area kilang. Kalau korang rasa sesat ke teruskan je sebab memang industrial area. Nama kedai dia Oscar tau jangan lak korang patah balik nanti. Aku ni super excited sampai sana aku kebas benda-benda lain kecuali their famour shepard pie. Memang bengong…letih kot sampai atau tak baca nota yang aku dah siap buat awal2.
EShed Market
Hanya di buka pada hari Jumaat-Ahad dari pukul 9am-5pm. Aku satu kedai jual fridge magnet je. Menggila la kejap aku, Aku beli barang di Mebages tapi dekat depan tu ada satu kedai harga pun lebih kurang but one thing aku tak sure dekat kedai Megabes siap cakap coin purse tu pig skip whereas dekat Aussin selamba letak bawah. Kalau lapar dekat dalam ni ada makanan halal.
Jangan lupa bayar parking.
Kailis, Fishing Boat Harbour
Singgah lunch di Fishing Boat Harbour. Kami makan di Kailis. Amik satu set seafood kongsi 4 orang. Itupun tak habis. Kids sejuk-sejuk gini layan ice-cream.
Flat white coffee. My first cup in Perth. Australia famous dengan flat white coffee. Rasa dia tak berapa strong. Sedap!
Gambar-gambar sekitar Fremantle dah jalan balik ke city.
Optus Prepaid
Susah tak de data connection ni. Nak menggoggle payah. Dekat apartment takde wifi. Rushing gi beli SIMCARD AUD2 then tambah jela AUD10 ke. Cukupla kot. Tengokla plan mana yang sesuai. Boleh gak beli je dekat pump station. Dalam rushing-rushing ni sempat gak snap gambar gegar ni,
Waktu Solat
Boleh lupa bawak tshirt untuk tidur. Beli tadi dekat megabes.
Cooking
Sebelum sampai rumah kami singgah di IGA, Como. Dekat je dengan rumah untuk beli barang-barang dapur. Malam ni makan dekat rumah je. Masak simple-simple.
Dapur dalam apartment. Comel & selesa. Seronok masak dengan hembusan angin sejuk dari luar.
Sunday Day 3
Breakfast dekat apartment. Simple-simple je alas perut. Sejuk-sejuk gini makan apa saja pun sedap.
Canning Vale Sunday Market
Corner of South St & Bannister Road. Buka setiap ahad 7am-1pm. Masuk kena bayar kalau tak salah AUD2. Dalam ni ada gerai melayu jual nasi lemak. Yang sedap ialah karipap dia. Garing… boleh makan dekat area situ. Ada meja makan dan kerusi.
Harbour Town Factory Outlet
If hari Jumaat tutup pukul 9 malam.Mostly hari lain around 5pm. Dekat sini banyak brand-brand Australia. Kita orang tak shopping sangat.Converse limited edition murah gak , 2 for AUD80. Then kami pergi makan dekat ISPA Kebab. Tapi sedap lagi kebab dalam Eshed. Jangan lupa cuba icecream dekat sana. Memang yummy!
Malam balik masak sambil minum kopi sedap.
Monday – Day 4
Hari ni nak pergi tengok Kangaroo!
Caversham Wildlife Park
Jenuh gak mencari tempat ni. Banyak kali gak salah masuk jalan. GPS pun pening. Cari Whiteman Park entrance insyallah jumpa.
Serious Cappucino ni memang enak….berbotol2 aku minum dekat sana.
The Margaret River Chocolate
Buka setiap hari 9am-5pm. Penuh kedai ni dengan orang. Tak jauh dari Caversham. Nearby ada kedai kopi tapi kami tak singgah pun. Dah penat.
engok camna dia orang buat coklat.
Swan Valley
Winery area…sebenarnya lepas ni kita orang nak g mondo nougat tapi GPS bawak ke mana hala.
Sudahnya kami pergi shopping dekat K-Mart Mirrabooka Square. Bayar guna self service counter. Suka si Irees dapat punch sendiri.
Tuesday Day 5
Hari ni memang mood bermalas-malasan sebab keletihan. Memasing tidur lama kesian pulak nak kejutkan. Hari ni kita jadi local duduk memerap dekat rumah and pergi pasar beli barang-barang dapur yang dah nak habis.
Beg misai untuk pergi pasar. Suka betul aku beg misai ni….
Adik dah ready nak pergi pasar. Siap bawak anak patung lagi.
Alamak nampak Target la dekat Westfield ni. Singgah kejap la. Kejap je tau…tup tup keluar 2-3 beg plastik, Serious aku tak percaya dengan diri sendiri
.
Map dari Como ke Westfield Cannington .
Dalam ni ada asean foods store dan halal meats. Sebelah Wollie (woolworths) Maggi dia harga AUD4 hehe.
Masing-masing busy buat pilihan macam nak dok sebulan dekat Perth.
Inilah pandangan depan apartment kami. Kalau ada wifi lagi best lelain tu dah cun dah.
Hari ni kita dapat makan daging & ayam
.
Malam tu kami jenjalan dekat Albany Highway sebab nak jumpa Maria & hubby. Makan satay dekat Mahsuri Satay. Depan dia ada hotel best gak leh dengar musicdari seberang jalan.Murah-murah perfume dekat sini tapi my fav tak ado….
Saya hanya pandang kamu dari luar if you nice to me sure kita org lepak sini tau….
Hotel seberang Mahsuri Satay.
Autumn in Perth… love it. Cozy n relaxing….
Dah kedai melayu kita minum teh tarik la ye sambil layan sate.
Budak ni sibuk nak main dekat luar dengan dedaun tu. Sejuk la dik dah la sunyi dekat luar tu….duduk dalam diam-diam boleh tak
Cilok dari maria punya IG…..
Wednesday – Day 6
Hari ni kena bangun awal sebab nak road trip ke Cervantes. Cuaca memang best untuk road trip.
Dua kasut favorite untuk travel. Saja meroyan amik gambar kasut. Penting gak kasut yg selesa untuk jalan jauh.
Antara catatan perjalanan melalui InstaWeather….
Perjalanan hari ni dalam 206km melalui Indian Ocean Drive. The view absolutely stunning. Ni antara gambar sepanjang perjalanan kami di sana. Isi minyak awal2 okay sebab pump station yg aku jumpa pun dah dekat Lobster Shack.
View ni memang stunning. Turun-turun bukit tetiba nampak Indian Ocean. Memang cantik malangnya bila snap tak cun sgt, Mak tak pandai nok nak snap cun-cun.
Ni kalau nak main slide kot…tak singgah pun. Lalu je….memang magnificent la dalam hutan ada pasir setimbun. Ciptaan Tuhan memang sempurna dan menakjubkan. Emu Downs Winjd Farm tengok dari jalan je. Memang menakjubkan……
Lobster Shack
Gara-gara Jason Down Under aku memang teringin sangat nak makan lobster dekat sini. Alhamdulillah tercapai juga hajat .
Hari ni menu ni je yang ada…
Dah alang-alang sampai ke sini aku amik yang paling mahal la. Yang paling best kononnya,,,
Dah kenyang jom gerak for next stop sebelum hari mulai gelap. Siang pendek ye…530 dah gelap macam maghrib.
BTW the only pump station yang aku jumpa before sampai Lobster Shack..ini jela. Kalau jumpa tu isi jela minyak. Station ni mmg dekat sangat dengan Lobster Shack.
Indian Ocean
Perasaan memang syahdu la bila kami sampai dekat sini. Memang kawasan amat sunyi dan air hitam. Teringat MH370 bila kami sampai sini. Syahdu n scary….
Air laut Lautan Hindi…..Sunyi je nak menghala ke laut. Weekdays.
Lepas ambil gambar merenung jauh ke lautan….berdoa buat mangsa-mangsa MH dan kami pun bergerak ke final destination.
World Famous Pinnacle Desert, Cervantes.
Lama jugak kami dekat Pinnacles ni, walau nampak panas sebenarnya itu cuma pancaran matahari. Cuaca memang sejuk dan nyaman.
Ok dah habis part 1, aku ingat nak buat post senapas je tapi gagal. Banyak sangat dah gambar aku upload sampai nak menaip jadi slow….so part 2 aku menyusul kemudian.